.

ARCHIVES ARCHIVES 2010 Zahrain Pembohong Besar

Zahrain Pembohong Besar


Saturday, 20 March 2010 admin-s
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

(mStar) KOTA KINABALU: Satu pembohongan yang besar.

Itulah reaksi Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Parti Sabah Maju (SAPP) berhubung dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim mengenai beberapa nama ahli Parlimen dari Sabah yang didakwa terlibat dengan rancangan pembangkang untuk mengambil alih Kerajaan Pusat pada 16 September 2008.

Datuk Bung Mokhtar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata, Zahrain cuba mencari publisiti murahan dengan dakwaan sedemikian.

“Saya tidak pernah bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini semua satu pembohongan,” kata Bung Mokhtar ketika diminta mengulas dakwaan Zahrain bahawa dia (Bung Mokhtar) antara Ahli Parlimen BN yang dinamakan dalam rancangan berkenaan di sini hari ini.

Katanya, wakil rakyat yang dipilih mempunyai tanggungjawab untuk memberi khidmat kepada pengundi dan bukannya melaksanakan agenda peribadi Ketua Pembangkang.

"Jangan sesuka dakwa kita boleh lompat parti," katanya.

Semalam, Zahrain yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang itu.

Datuk Dr Chua Soon Bui

Sementara itu, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui pula menegaskan beliau tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat.

“Tidak ada satu pun yang benar dalam apa yang diperkatakannya dan dia berbohong dalam Parlimen. Ini satu perbuatan yang memalukan kepada pengundi terutamanya di Sabah dan Malaysia amnya.

“Saya dan Datuk Eric Enchin Majimbun tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008,” katanya dalam kepada mStar Online hari ini.

Soon Bui berkata, perkara tersebut berlaku kerana Zahrain sangat obses dengan kepentingan peribadi.

“Zahrain mungkin lupa kepada sejarah SAPP dan kepentingan rakyat Sabah. Kami keluar BN kerana hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Sehingga hari ini kami masih kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas dan SAPP tidak menyertai PR atau mana-mana parti. Bagi saya, dia tidak layak untuk bercakap bagi pihak wakil rakyat Sabah yang lain,” katanya.

Datuk Ghapur Salleh

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh pula berkata beliau akan menerangkan sendiri dakwaan Zahrain ketika membahaskan titah diraja pada 22 atau 23 Mac ini.

“Zahrain patut dedahkan senarai sebenar Ahli Parlimen BN keluar parti, bukan buat tuduhan tidak berasas,” katanya.

Tengku Razaleigh Hamzah

Sementara itu, di KOTA BHARU, Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan dakwaan berkenaan.

"Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng," katanya.

Tengku Razaleigh berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam PKR yang dipimpin oleh Anwar.

Beliau berkata disebabkan dakwaan itu ibarat sebuah cerita yang direka mengikut fantasi pembangkang, beliau tidak mahu membuat sebarang komen terhadap dakwaan yang tidak betul itu.

Beliau turut menafikan didatangi pihak berkenaan agar keluar BN bagi membolehkan pembangkang membentuk kerajaan Persekutuan kira-kira tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

Antara nama yang disebut ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat); Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar (Jerantut). Salah seorang daripada Timbalan Speaker juga tersenarai dan dikatakan akan melompat menyertai pembangkang.


Comments (16)Add Comment
...
written by AlwaysFair, March 24, 2010 23:05:36
Ha! Ha! He who digs a pit for his brother will himself fall into it is the right description for this rat!! He try to be too smart and just for $$$ he betrayed his previous party and also want to sabotage Anwar and end up shooting his own foot!! Ouch!! Congratulations!! This is like what RPK said divine retribution!!smilies/grin.gifsmilies/grin.gif
...
written by justice seeker, March 21, 2010 11:49:43
Itulah reaksi Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Parti Sabah Maju (SAPP) berhubung dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim mengenai beberapa nama ahli Parlimen dari Sabah yang didakwa terlibat dengan rancangan pembangkang untuk mengambil alih Kerajaan Pusat pada 16 September 2008.

DSAI, WHY NOT PLAY ALONG AND SAY YES AND DOUBLE THE STAKES BY INCLUDING
THOSE HARDCORE SCUMS? SEE HOW NAJIS WILL REACT??? ARE THESE CLOWNS
TO RESIGN EN MASSE.
...
written by fireduck, March 20, 2010 23:45:54
Zahrain is in deep sh*t now as initial investigations show that he has lied. While he may think that whatever he says in Parliament he is immuned from prosecution, his mistake is he dragged the YDP Agong and the integrity of the Armed Forces into the mud. Rumors have it that he is going to face some serious consequences for tarnishing the Agong's name in his lies and accusations. If he is bending over to satisfy his new masters, then I think he has overextended himself. Stupid fool. Serves him right.
...
written by storm62, March 20, 2010 15:56:10
That is "Fitnah" x 8 by this bastard zahrain fellow in Parliament, i wonder is he's a Muslim?
...
written by betasigma, March 20, 2010 14:29:55
ha...ha..ha,zahrain is making the malaysia august house into a fingers pointing zoo....so 916 was it or was it not???but umno thought that they hav gathered a jewel,come on,the parliment is a law making house n not circus town.
...
written by onnetline, March 20, 2010 14:19:50
Zahrain ..................... ' bangsat ' besar !
...
written by SpeakOut, March 20, 2010 12:35:36
hahahahahahah! Zahrain- padan muka engkau- you nak bodeh 8 MP kah atau hentam 8 MP kak - you ini very confusing lah. Tiada kredibilti langsung. Tapi tak apa- duit sudah kebas - duk diam -diam lah. Oh by the way, please resign your MP seat we don't want orang gila to represent us.
...
written by hkh, March 20, 2010 12:31:29
The Kontraktor dua ringgit immediate job is to hammer Anwar and then nail the 8 others for offending you-know-I-know.
...
written by ibabonma, March 20, 2010 11:26:32
I say, Najis, sure la they deny even if it was true. Najis, what are you going to do to these eight? Sack la, lagi apa? You got no balls kah?

...
written by Alice, March 20, 2010 10:44:26
Looking at the characters above , I think PR is better of without them.
...
written by onnetline, March 20, 2010 10:20:47
'Cow'bung Mokhtar ,

How are you, liar ?

...
written by Aduh, March 20, 2010 10:20:32
Tepat sekali dengan ramalkan terdahulu bahawa berambusnya si zahrain akan membawa tuah kepada PKR dan Pakatan. Kini hanya dalam masa singkat telah terbukti bahawa perbuatannya sedikitpun tidak menjejaskan imej PKR. Sebaliknya menguntungkannya pula, tanpa PKR perlu berusaha dengan susah payah..

Lihat apa yang telah berlaku. Pertama, zahrain terbukti seorang PEMBOHONG teragung. Penilaian tersebut bukan datang dari Pakatan, tetapi oleh orang-orang kanan umNO sendiri. Siapa sangka orang-orang umNO tergamak menyanggah kata-kata zahrain setelah beliau bersungguh-sungguh menghentam Pakatan. Bukankah apa yang dilakukannya selari dengan naluri setiap ahli umNO ??? . Sepatutnya umNo amat berterima kasih kepada beliau dan telan apa sahahaja tahi yang diluahkan oleh si zahrain ni. Tetapi ia tak berlaku sebegitu, kerana pembohongannya amat ketara dan menjijikan, namun di kalangan umNO sekalipun.

Kedua, penafian oleh umNO terhadap pendedahan si zahrain tidak akan berakhir di sini sahaja. Ia akan berlarutan dan memgundang banyak lagi mala petaka dalam umNO.

Ooooooi zahrain, Yang kau kejar tak dapat, yang kau kendong berciciran. Saham kau dalam umNO yang kau mimpi dan dengan gila mengejarnya telah terhapus se hapus-hapusnya.
.
Padan muka kau !!!. Puaskah hati kau sekarang ???
...
written by lysa, March 20, 2010 10:00:50
You see, they will try hard to make sure their aim is complete.. using any method to ensure their aim is completed.
...
written by Bullchick, March 20, 2010 09:44:26
This Bayan Baru froggie should be referred to the privileges committee for lying to Parliament. He should be suspended for 6 months and then his seat declared vacant so as to give the power back to Bayan Baru voters to decide who they want as their rep!
...
written by ctlyn, March 20, 2010 09:40:21
he is trying to provoke Sabahan! he is trying to divide Sabah unity, they moved out from the party because at that time BN couldn't fulfill their promises to Sabah. Sabah will speak and stand for our rights no matter what people call us in parliament, we just do it for our right.
...
written by Littlebird, March 20, 2010 09:09:37
Kuli 48 tahun dengan UMNO? Semangat 46 itu apa? Subsidiary UMNO?

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.

busy
 

Language Translation

TwitterFacebook Twitter


 
 

ARCHIVES 2010

Where is PKR's new brand of politics?

By Sajahan Waheed and Aidi Amin, NSTWHEN Parti Keadilan Rakyat opened up its direct election process to ordinary members, little did it realise that this would expose frailties ...

Khir Toyo says in mourning over Allah ruling

By Shazwan Mustafa Kamal, The Malaysian InsiderSelangor opposition leader Dauk Seri Dr Mohamad Khir Toyo has said that he is now in mourning as a Muslim following the decision by ...

Judiciary website hacked over ‘Allah’ issue

News image

(The Star) - The Malaysian Judiciary’s website was discovered hacked and defaced on Thursday night and its homepage substituted with a threat to not pursue the issue of the Catholic weekly the Herald’s use of ...

My New Year Message to Malaysians

News image

 NO HOLDS BARREDRaja Petra ...

British law rules in getting RPK back

(NST) - Efforts to secure the return of fugitive blogger Raja Petra Kamarudin from the United Kingdom may not be a straightforward ...

MACC lodges report against Pornthip

News image

 (Free Malaysia Today) - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has filed a police report against Thai pathologist Dr Pornthip Rojanasunand (picture) over her statement about the possibility that Teoh Beng Hock ...

How I ushered in the new year

News image

 While the IGP and AG were cracking their heads trying to figure out how to get me, I was ushering in the new year with these lovely Polish lasses. Oops....I ...

Timeline 2009 (part 1)

News image

2009 was certainly a most eventful year. Let us recap on what happened in 2009 to get a better idea of what to expect this year. 2010 may ye...

2010 - Another politically-charged year but Pakatan confident of advancing

“2010 will be a crucial year for Pakatan. Overall, optimism is high that we can advance further against the BN especially if all three DAP, PKR and PAS remember to ...

Missing F5E Engines!

This thing about missing items in the RMAF, and the Armed Forces as a whole, is an ongoing thing and there seems to be a lack of effort by the ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home ARCHIVES ARCHIVES 2010 Zahrain Pembohong Besar

Latest Posts - Archives 2010

Popular Posts - Archives 2010