.

ARCHIVES ARCHIVES 2010 MB sahkan Kumpulan Perangsang tolak Salehudin jadi CEO

MB sahkan Kumpulan Perangsang tolak Salehudin jadi CEO


Friday, 05 March 2010 Super Admin
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

(Harakah Daily) - Pejabat Menteri Selangor mengesahkan bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim (Gambar)  pernah mengemukakan permohonan untuk mengisi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).

Pejabat Menteri Besar juga mengesahkan KPS telah menerima permohonan beliau itu dan Salehuddin pernah ditemuduga oleh Jawatankuasa Pemilihan.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pemilihan memutuskan supaya calon lain yang lebih layak dan sesuai dipilih bagi menjawat jawatan itu.

Kenyataan ini dikeluarkan bagi menerangkan kedudukan sebenar mengenai Salehuddin apabila nama KPS dikaitkan dengan kontroversi punca peletakan beliau meletak jawatan Setiausaha Agung PKR, kata kenyataan rasmi dari Pejabat MB Selangor.

Kenapa?

Persoalan kenapa Salehudin sebagai bekas Setiausaha Agung PKR sanggup bertindak menikam partinya serta rakan karibnya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjadi fokus utama.

Ini berikutan kehadiran Salehudin pada setiap kali anggota Parlimen PKR membuat pengumuman keluar dari parti itu.

Salehudin pula membuat kenyataan, satu pertiga anggota parlimen PKR iaitu kira-kira 10 orang akan berbuat demikian. Jika kesemua 10 orang itu menyokong BN, ia akan membolehkan parti yang memerintah negara sekarang (BN) mendapat kembali kuasa 2/3 nya yang hilang dalam pilihan raya umum ke 12 lalu.

Langkah Salehudin umpama cerita drama dalam filem polis apabila penjahat menahan sekumpulan tebusan dan membuat tuntutan dari pihak tertentu. Penjahat itu akan menembak satu persatu tebusannya sehinggalah tuntutannya dipenuhi.

Sehingga kini, sudah tiga 'tebusan dibunuh' dan akan terus 'membunuh' jika tuntutannya tidak diterima. Tidak diketahui apakah tuntutan Salehudin dan dari siapakah tuntutan itu ditujukan.

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dalam kenyataannya berkata, Salehudin marah apabila permohonannya untuk menjadi CEO Kumpulan Perangsang yang bergaji RM50,000 sebulan ditolak.

Syed Husin juga berkata, Salehudin dibayar gaji sebanyak RM9,000 sebulan  sebagai Setiausaha Agung PKR.

Dalam jawapan balasnya, Salehudin berkata, Anwar yang meminta beliau menjadi CEO Kumpulan Perangsang untuk kepentingan perjuangan PKR dan dia telah berkata kepada Anwar akan menjadi CEO dengan syarat dibayar gaji RM1 sebulan.

 


Comments (4)Add Comment
...
written by Aduh, March 06, 2010 10:37:05
DSAI might have wanted him to be the CEO, but probably based on the limited knowledge he had on salehudin’s suitability . Nothing wrong with that.

The Jawatakuasa Pemilihan was far from being a rubber stamp. It was very critical in its selection process and looked into all details. To its assessment, another person was more suited for the job.

It is just an assumption. If true, PKR deserves a big pat on the back for its transparency and should be proud of it. It shows that PKR or rather Pakatan honour one of its election menifestos. .Is that a problem to anyone ?. Of course umNO aside

...
written by antares, March 05, 2010 23:31:41
So the truth is out! DSAI not to blame after all. He can only promise the post but with all honesty, if this Salehudin don't meet the marks for the CEO post he should just let it go. Tak pandai ukur tali leher - tak sedar sudah cekek leher sendiri.

Salehudin sour grape greedy piggy attitude and froggy action only exposed his true colour - on the same token, such rotten traits surely don't meet PKR leadership qualifications! Lessons to be learned for next GE13 candidates.

What we can say to him is "Boleh berambus jual lah buntut katak kau kepada umeno/BeNd sampai kantoi".
...
written by capricorn, March 05, 2010 16:22:20
Salah satunya sampah daripada PKR yang harus nys dibuang ke Tong Najis.
...
written by Pegasus, March 05, 2010 14:59:10
Tak layak jadi CEO ataupunAhli Palimen PKRhanyalayak jadi katak lompotbagi BN!

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.

busy
 

Language Translation

TwitterFacebook Twitter


 
 

ARCHIVES 2010

Where is PKR's new brand of politics?

By Sajahan Waheed and Aidi Amin, NSTWHEN Parti Keadilan Rakyat opened up its direct election process to ordinary members, little did it realise that this would expose frailties ...

Khir Toyo says in mourning over Allah ruling

By Shazwan Mustafa Kamal, The Malaysian InsiderSelangor opposition leader Dauk Seri Dr Mohamad Khir Toyo has said that he is now in mourning as a Muslim following the decision by ...

Judiciary website hacked over ‘Allah’ issue

News image

(The Star) - The Malaysian Judiciary’s website was discovered hacked and defaced on Thursday night and its homepage substituted with a threat to not pursue the issue of the Catholic weekly the Herald’s use of ...

My New Year Message to Malaysians

News image

 NO HOLDS BARREDRaja Petra ...

British law rules in getting RPK back

(NST) - Efforts to secure the return of fugitive blogger Raja Petra Kamarudin from the United Kingdom may not be a straightforward ...

MACC lodges report against Pornthip

News image

 (Free Malaysia Today) - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has filed a police report against Thai pathologist Dr Pornthip Rojanasunand (picture) over her statement about the possibility that Teoh Beng Hock ...

How I ushered in the new year

News image

 While the IGP and AG were cracking their heads trying to figure out how to get me, I was ushering in the new year with these lovely Polish lasses. Oops....I ...

Timeline 2009 (part 1)

News image

2009 was certainly a most eventful year. Let us recap on what happened in 2009 to get a better idea of what to expect this year. 2010 may ye...

2010 - Another politically-charged year but Pakatan confident of advancing

“2010 will be a crucial year for Pakatan. Overall, optimism is high that we can advance further against the BN especially if all three DAP, PKR and PAS remember to ...

Missing F5E Engines!

This thing about missing items in the RMAF, and the Armed Forces as a whole, is an ongoing thing and there seems to be a lack of effort by the ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home ARCHIVES ARCHIVES 2010 MB sahkan Kumpulan Perangsang tolak Salehudin jadi CEO

Latest Posts - Archives 2010

Popular Posts - Archives 2010