.

ARCHIVES ARCHIVES 2008 Harimau tiada gigi, Politik periuk nasi

Harimau tiada gigi, Politik periuk nasi


Tuesday, 01 January 2008
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

Oleh Norzah Kepol

Saya masih ingat lagi kata-kata Datuk Paduka Mohd Norza Haji Zakaria , Ahli Majlis Tertinggi UMNO dua tahun lepas bahawa ada kelompok orang India akan merusuh atau berdemonstrasi di jalanan jika masalah jenayah di kalangan bangsa itu tidak diselesaikan. Antara lain kata Mohd Norza,’’ You tengok Norzah, suatu hari nanti you akan tengok orang India didalangi oleh gengster merusuh di Kuala Lumpur ini.…’’ Kata Norza lagi, ramai belia dan orang India terlibat dengan jenayah atau budaya gengsterisme di negara ini. Dan tidak mustahil katanya golongan ini akan keluar berdemonstrasi membuat tuntutan bukan-bukan termasuk mempertikaikan kewibawaan kerajaan.


Nah! Kini apa yang diperkatakan oleh Mohd Norza dua tahun lepas sudah menjadi kenyataan. Kini segolongan masyarakat India atas nama Hindraf bukan sahaja bertindak kurang ajar seperti mana kata Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz juga di dalangi oleh kumpulan samseng berani mendesak Kerajaan British mengambil tindakan kepada kerajaan Malaysia kerana didakwa menganiaya kaum mereka.

Namun setakat ini belum kedengaran lagi di cuping telinga kita apa tindakan Pemuda Melayu di negara ini? Sekurang-kurangnya dua tahun lepas kita sudah pun mendengar antara keluhan dan kegusaran anak muda Melayu seperti Mohd Norza tentang minoriti India ini. Namun nampaknya kerajaan terlepas pandang hal-hal ini sehingga mereka berani berhimpun secara haram di kedutaan British baru-baru ini. Kita percaya kalaulah dua tahun lepas Mohd Norza merupakan pemimpin kanan dalam kerajaan sudah tentulah sesuatu sudah dilakukan menangani isu ini. Tapi malangnya Mohd Norza hanya Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan sudah tentulah tiada siapa mahu mendengar keluhan pemuda Melayu ini.

Apapun Mohd Norza sudah membuktikan bahawa beliau bukan pemimpin hanya bercakap kosong dan sudah melihat kepada permasalahan negara ini untuk tahun-tahun akan datang. Maka kata-kata keramat sering dihamburkan oleh Mohd Norza ‘’ada cahaya di hujung’ terowong membawa maksud setiap sesuatu masalah perlu diselesaikan tanpa bertangguh-tangguh supaya kejayaannya akan diperolehi depan mata. Juga ‘’ada cahaya di hujung terowong’ membawa makna setiap sesuatu perkara perlu diselesaikan dengan cara yang baik agar keputusannya nanti menggembirakan semua pihak.

Sememangnya ramai tidak tahu personaliti dan wawasan anak muda seperti Mohd Norza yang kaya dengan idea dan mempunyai minda yang tajam. Ini bukan kata-kata mengampu tetapi sememangnya begitu menyerlah dalam jiwa Mohd Norza. Umpamanya ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bercakap pasal first class mentality, Mohd Norza antara pemimpin menyokong gagasan tersebut. Antara katanya,’’ Bagaimana kita mahu menggunakan prasarana kelas pertama di negara ini jika rakyat tidak mempunyai first class mentality. Misalnya kita mempunyai tandas kelas pertama tetapi apa kesannya jika digunakan oleh rakyat minda kelas ketiga?’’

Begitu juga ketika Mohd Norza mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan awal-awal lagi sudah menasihatkan anggota pergerakan agar bersama-samanya ‘dalam satu bas’ dan kalau mereka tidak bersetuju dengan dasar perjuangannya boleh turun di mana-mana stesen yang mereka. Tapi kalau mereka mahu bersama-sama dengan Mohd Norza dalam perjuangan memartabatkan agama, parti dan negara mereka boleh menuju ke matlamat tersebut bersama-samanya.

Walau bagaimana pun dalam UMNO tidak semuanya akan bersetuju dengan keputusan kita. Tambah pula yang membuat keputusan atau mempunyai pandangan yang bernas adalah kalangan cerdik pandai atau disebut cendiakawan UMNO. Kelemahan UMNO paling ketara atau boleh kita rasakan apabila terdapat segelintir pemimpin dalam parti itu ‘kurang gemar’ dengan golongan cerdik pandai . Apa ikhtiar pun akan dilakukan untuk menolak cerdik pandai ini dari mengisi perjuangan UMNO. Maka seperti biasa UMNO akan terus dihuni oleh mereka ‘yes man’ atau harimau tiada gigi.

Kalau mahu tengok harimau tiada gigi ramai berada dalam kelompok Majlis Tertinggi UMNO? Kita berani katakan ramai Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT UMNO) umpama harimau tiada gigi disebabkan mereka takut dan gusar untuk menyuarakan isu pembelaan Melayu kepada pengetahuan Presiden UMNO, Pak Lah. Kononnya, kalau mereka vokal atau lantang menyuarakan pandangan Melayu atau secara terbuka mengkritik kelemahan pentadbiran Pak Lah dalam Mesyuarat MT UMNO akan terjejas periuk nasi mereka.

Kita berani bertaruh dalam Mesyuarat MT UMNO umpamanya tiada mana-mana anggotanya berani menyuarakan pandangan kepada Pak Lah bahawa Khairy sudah menjadi liability dalam parti itu? Memang kita berkeyakinan tiada seorang pun ahli MT UMNO berani membuat teguran kepada Pak Lah tentang lemahnya sistem penyampaian maklumat dan isu rasuah semakin menjadi-jadi di negara ini. Kita berani mengatakan tiada seorang ahli MT UMNO akan mengkritik pentadbiran Pak Lah dengan tulus ikhlas dan berani.

Kenapa kita perlu mempunyai Ahli MT UMNO yang berani? Supaya kita mahu segala dasar yang diputuskan oleh MT UMNO itu nanti akan menjadi satu dasar yang perlu dipersetujui oleh kabinet. Itu sebabnya kita mahukan buah fikiran yang baik-baik dari pimpinan MT UMNO supaya ianya boleh menjadi satu dasar boleh dipersetujui sebulat suara dalam kabinet kerajaan. Sudah tentulah Pak Lah sebagai Presiden UMNO mewakili parti induk dalam komponen Barisan Nasional (BN) akan membawa keputusan dipersetujui secara kolektif berkenaan masa depan orang Melayu dalam mesyuarat MT UMNO ke mesyuarat kabinet pula. Sama ada menteri kabinet berbilang kaum itu setuju atau sebaliknya dengan keputusan MT UMNO di sinilah letaknya kewibawaan Pak Lah dalam membuat keputusan secara konsisten. Ketegasan Pak Lah memang amat-amat diperlukan dalam menentukan misi agenda bangsa dan rakyat dapat diterjemahkan dengan sejelas-jelasnya. Kalau boleh kita tidak mahu mesyuarat kabinet menolak setiap apa yang sudah diputuskan oleh MT UMNO. Menteri kabinet wajib bersetuju dengan setiap apa yang diputuskan oleh MT UMNO mewakili parti induk BN.

Persoalannya di sini adakah Ahli MT UMNO kita berwibawa atau berani melontarkan idea lebih baik dari Pak Lah dalam mesyuarat tersebut andai mereka mempunyai cadangan baik tersebut? Beranikah Najib, Muhyiddin atau Mohd Ali Rustam sendiri menyampaikan idea lebih baik dari apa yang difikirkan oleh Pak Lah? Adakah Ahli MT UMNO lainnya seperti Ahmad Zahid Hamidi, Rais Yatim dan Annuar Musa berani mengemukakan cadangan atau idea lebih baik dari Pak Lah? Adakah pemimpin ini berani over shadow Pak Lah?

Sebenarnya orang Melayu amat kempunan mahu melihat pemimpin UMNO yang berani dan lantang dalam soal-soal melibatkan kepentingan rakyat. Sebaliknya apa yang berlaku pemimpin tidak berjawatan seperti antaranya Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Mahfuz Omar, Husam Musa dan Nasharuddin Mat Isa yang berani dan lantang menyuarakan isu pembelaan rakyat. Siapa mahu dengar suara golongan ini tidak boleh membuat dasar dalam kerajaan? Anwar misalnya boleh membangkitkan dan meniupkan semangat rakyat dalam Perhimpunan Bersih baru-baru ini tetapi beliau bukan Perdana Menteri dan menteri. Mana mungkin suara Anwar dijadikan satu dasar dalam pentadbiran Pak Lah?

Kita tertarik juga untuk memperkatakan suara-suara sumbang di luar sana mahukan Pak Lah berundur sebagai Perdana Menteri. Pak Lah tidak akan berundur sebagai Perdana Menteri kecuali beliau dikalahkan di Parlimen Kepala Batas pada pilihan raya umum akan datang. Justeru janganlah kita mendesak agar Pak Lah berundur kerana beliau dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas dan dipilih sebulat suara sebagai Presiden UMNO. Pak Lah hanya akan berundur jika beliau dikalahkan di Parlimen Kepala Batas.

Sehubungan itu kita tidak boleh mendesak Pak Lah berundur atau memberikan kata-kata nista kepada Perdana Menteri kita. Ada banyak cara untuk menjatuhkan pemimpin tetapi bukan dengan cara demonstrasi jalanan atau perhimpunan haram. Dan kita tidak boleh menyalahkan Pak Lah seratus peratus di atas kelemahan pentadbiran kerajaan kerana bebanan itu juga perlu dipikul bersama oleh menteri-menteri kabinet yang lain. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga berada di bumi Malaysia ini beribu kali jauh lebih baik dari Indonesia, Pakistan, Afrika dan sebagainya. Kita juga tidak berharapkan negara kita seperti Amerika Syarikat yang jenayah sosial rakyatnya lebih hebat dari negara kita. Justeru kita kena bersyukur kerana Islam diletakkan di bumi Malaysia ini dan al-Quran dijadikan ikutan kita semua.

Namun apa yang menjadi harapan kita semua agar pemimpin UMNO tidak leka dan alpa dalam memikirkan untung nasib bangsanya. Janganlah mereka mengambil kesempatan kelemahan Pak Lah melakukan perkara-perkara di luar batas parti atau mencari kepentingan diri semata-mata.

Kita juga amat tertarik untuk menulis politik pentadbiran sesetengah negeri kini sudah menjadi bualan serata rakyat. Di Negeri Sembilan misalnya sudah kedengaran cerita-cerita kurang enak kononnya ditadbir oleh kerajaan tiga beradik iaitu Datuk Seri Mohamad Hassan (Menteri Besar Negeri Sembilan), Datuk Azman (abang) dan Abdul Ghani (adik). Ramai mendakwa banyak projek-projek kecil termasuk di peringkat DUN dan bahagian dicontrol oleh kerajaan tiga beradik ini. Malah ada pihak mendakwa abang Mohamad Hassanlah yang banyak menentukan era pentadbiran Negeri Sembilan atau menjadi tulang belakang adiknya Mohamad Hassan sebagai Menteri Besar. Termasuklah isu-isu ilmu hitam dan sebagainya oleh pemimpin tertentu sehingga memalukan nama UMNO negeri itu. Pak Lah sudah bercakap soal 2057 tapi pada masa yang sama pemimpin negeri ini masih percaya kepada ilmu-ilmu khurafat dan syirik. Adakah kita akan mencapai sebuah negara yang maju jika fikiran rakyat masih kolot atau terkebelakang. Jadi tak hairanlah bila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo memberi hadiah penyapu kepada penguatkuasa yang lembab orangramai mengaitkannya sebagai sial dan sebagainya. Rupa-rupanya masih wujud kepercayaan itu di Negeri Sembilan sehingga hangat isu-isu ilmu hitam di negeri ini.

Ada juga pendapat mengatakan meskipun Pak Lah tahu kelemahan pentadbiran Mohamad Hassan di Negeri Sembilan tidak akan menukar Menteri Besar tersebut lantaran sudah termakan budi. Ada sumber bercerita Pak Lah terhutang budi kepada Mohamad Hassan pernah membayarkan kos rawatan kanser Allahyarham Hendon Mahmud di luar negara. Setakat mana kesahihan cerita ini memang ramai sudah bercerita hal ini. Itu sebabnya ramai yang berkeyakinan Mohamad Hassan akan terus menjadi Menteri Besar kerana Pak Lah pernah terhutang budi kepada beliau.

Era pentadbiran mempunyai ‘kuasa raja’ juga berlaku di Negeri Perlis. Sana sini orang bercerita pasal Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak sebulu dengan Ahli-Ahli Parlimen dari negeri ini. Kebanyakannya tahu hubungan dingin Shahidan dan Datuk Seri Radzi Syeikh Ahmad dan Datuk Seri Azmi Khalid. Termasuklah berbagai skandal perempuan dipalitkan dengan pemimpin tertentu dari negeri ini.

Justeru kita berharapkan Pak Lah memberikan perhatian khusus akan dakwaan-dakwaan dipalitkan kepada Mohamad Hassan dan Shahidan Kassim. Adakah perkara ini sengaja diada-adakan untuk memburuk-burukkan nama baik Mohamad Hassan dan Shahidan? Pak Lah kena siasat dan bersihkan kerajaannya dari pemimpin-pemimpin yang bobrok dan tidak takutkan Tuhan. Iman dan taqwa kena ada dalam silibus UMNO agar pemimpin-pemimpin dalam parti itu tahu tanggungjawab mereka di dunia dan akhirat. Dan apa yang menjadi kelemahan ketara Pak Lah terlalu sensitif soal makan budi atau terbalas budi sehingga ada sesetengah pemimpin sudah menjadi kaduk naik junjung, Seharusnya Pak Lah memikirkan keselesaan majoriti rakyat dari memikirkan diri individu salah urus kuasa atau tidak ikhlas menjalankan amanah Allah di bumi bertuah ini.


Comments (0)Add Comment

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.

busy
 

Language Translation

subscribe to Malaysia Today news

RosseberryShop.com

MT Cartoon

ARCHIVES 2008

Damai Malaysia mempergunakan NGO

Oleh ‘Deep Throat’ Sabah Damai Malaysia disifatkan telah berjaya menipu lebih 70 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili lebih 200,000 rakyat Sabah dalam Majlis Perjumpaan Bersama NGO Sabah di Hotel ...

Bekas MP BN bertanding bawah Keadilan?

Oleh Ruhanie Ahmad MASYARAKAT dalam Parlimen Parit Sulong sedang digemparkan dengan ura-ura saya (Datuk Ruhanie Ahmad) akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12 atas tiket Parti Keadilan Rakyat ...

US and UK have become "endemic" surveillance societies

If you live in the US or UK, you might (or might not, depending on your politics) be surprised to find both countries painted black, just like Russia, China, and ...

Youth Leaders Over 40 Have One Year To Hand Over Reins - Azalina

PUTRAJAYA, Dec 31 (Bernama) -- Youth leaders over 40 years of age have been given a grace period of one year to hand over the reins to their successors under ...

Bhutto's husband could cause split in party

The corruption-tainted Zardari is not well-liked within the party and has many critics in the WestEVEN as Ms Benazir Bhutto's legacy continues to live on in the face of her ...

Video and doctors' accounts raise questions

VIDEO footage of Ms Benazir Bhutto's assassination has raised new questions about the government's version of how she died....

S'pore sets 2008 agenda in 3 areas

2007: Singapore chalked up growth of 7.5 per cent By Peh Shing Huei  PRIME Minister Lee Hsien Loong yesterday set the Government's agenda for 2008: It will tackle major issues in ...

'MCA minister's sexual escapade' caught on tape

(New Straits Times) - A minister has been linked to a sex scandal following the emergence of DVDs showing a couple in a bedroom romp....

Bankrupting the nation Najib style

I refer to the local daily on 31st Dec 2007 quoting Najib, our DPM saying "The opposition’s promises to reduce oil prices if it were to form a government will ...

Harimau tiada gigi, Politik periuk nasi

Oleh Norzah KepolSaya masih ingat lagi kata-kata Datuk Paduka Mohd Norza Haji Zakaria , Ahli Majlis Tertinggi UMNO dua tahun lepas bahawa ada kelompok orang India akan merusuh atau berdemonstrasi ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home ARCHIVES ARCHIVES 2008 Harimau tiada gigi, Politik periuk nasi

Latest Posts - Archives 2008

Popular Posts - Archives 2008