.

ARCHIVES ARCHIVES 2007 Kenyataan palsu Hishammuddin mesti disanggah

Kenyataan palsu Hishammuddin mesti disanggah


Tuesday, 01 January 2008
E-mail Print PDF
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 

Oleh Ibu Bapa Prihatin

Saya baru pulang dari mendaftar anak saya di Sekolah Menengah Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. Mengikut perancangan asal sekolah ini beroperasi dalam satu sessi iaitu sessi pagi sahaja. Walau bagaimanapun disebabkan pengambilan pelajar Tingkatan 1 bagi tahun 2008 adalah melebihi kuota maka ianya terpaksa dibahagikan kepada 2 sessi iaitu sessi pagi dan petang.

Menurut perancangan asal pengambilan pelajar Tingkatan 1 adalah sekitar 250, tetapi sehingga 31 Disember 2007 terdapat 410 pelajar yang telah mendaftar di sekolah tersebut. Dan maklumat yang saya dapat daripada pihak sekolah, mereka terpaksa menerima kira-kira 100 pelajar lagi, bermakna pelajar Tingkatan 1 adalah sekitar 500 orang. Kelas yang disediakan bagi sessi 2008 adalah 10 kelas bermakna setiap kelas mempunyai 50 pelajar.

Ini adalah berlawanan dengan permintaan PM yang inginkan semua sekolah berusaha untuk beroperasi dalam satu sessi. Sekolah ini merupakan sekolah khas untuk pelajar cemerlang dalam UPSR yang mana kelulusan minima adalah 4A, 1B. Keputusan tidak rasmi mengatakan sekolah ini adalah sekolah harian paling cemerlang di Malaysia untuk PMR.

Jadi bagaimanakah pihak guru dapat meneruskan kecemerlangan sekolah bilamana bilangan pelajar melebihi 35 orang seperti yang disyorkan untuk mendapat kualiti pembelajaran yang baik. Selain itu kemungkinan besar ramai pelajar terpaksa menunggu hingga Feb 08 untuk mendapat pinjaman buku teks akibat dari limpahan pelajar yang mendaftar di sekolah tersebut. Jadi bagaimana pelajar ingin mendapat pelajaran berkualiti sepertimana yang diwar-warkan oleh kerajaan.

Sementara itu, yuran yang dihapuskan oleh kerajaan cuma sekitar RM9.00, sedangkan hakikatnya ibu bapa terpaksa membayar lebih dari RM100.00 ketika pendaftaran. Ini tidak termasuk bayaran untuk buku kerja dan lain-lain keperluan sekolah. Jadi dimanakah janji kerajaan yang berdegar-degar mengatakan hanya Kerajaan Malaysia memberikan pelajaran percuma kepada rakyatnya di dunia ini.

Selain itu, bilakah sekolah pertama yang dilancarkan di bawah RMK 9 oleh Dato' Hishammuddin selaku Menteri Pelajaran dapat disiapkan. Untuk makluman sekolah ini terletak di Bandar Seri Putra, dan sewaktu dilancarkan pada pertengahan 2005, pihak pemaju berdekatan iaitu UMLAND juga sedang membangunkan projek perumahan mereka. Sekarang projek perumahan pihak pemaju sudah siap dan mula diduduki tetapi sekolah tersebut masih juga belum siap. Jadi adakah kontraktor yang dilantik bermasalah bilamana sebuah sekolah gagal disiapkan setelah lebih setahun di kerjakan sedangkan pada masa yang sama pembinaan beratus-ratus buah rumah dapat disiapkan dan sedia diduduki.

Adakah Menteri Pelajaran lebih suka menghunus keris dari memperjuangkan nasib rakyat dalam pendidikan?



Comments (5)Add Comment
...
written by Equal, December 31, 2007 19:05:52
The Star, Monday 31 Dec. 2007
Nanyang siang Pau front-paged a report that 2,196 temporary teachers have been employed to teach in Chinese primary schools nationwide next year !
My questions are;
1. What are the people in the Ministry of Education and the Minister himself been doing ? You are paid to do the job. If you can't do it then please resign and let someone who can do it to take over.
2. Don't they have long and short term plans?
3. Don't they have enough data for them to plan ? ( There is a Guru Data in every school. They have to send report every month to the district and state education department on the no. of teachers, the no. of students, the no. of classes etc. ) with all these data, how come the chinese schools still need temporary teachers ? These are not train teachers. Do you want them to teach your children ? Does this thing happen in Sekolah Kebangsaan ?
As I have said before, spend more time in your ministry and see for yourself the problems and solve them.
Stop shouting " ketuanan Melayu ", " Hidup UMNO ", " Hidup Melayu " and kissing the keris. You are the Education minister of all races, you are paid by all the races. I am surprise that you can't even differentiate between the roles of a minister and a politician and you are a trained lawyer !
...
written by Chong, December 31, 2007 14:19:34
this is just the beginning. ahli politik yg cakap tak serupa bikin. waktu cakap bukan main kuat & semangat sekali. sooner or later, let's witness for petrol price increase, gas price increase, electricity price increase, etc...let's put it in the vote bill.

p/s: i heard rumours that petrol price will increase tonight for 20 cents. i hope it's not right. let's see...
...
written by Bigjoe99, December 31, 2007 13:03:00
50 orang 1 kelas adalah perkara kecil jika dibanding dengan Sekolah Rendah China terutama di bandar bandar. Kadangkala sampai 60 lebih orang di satu kelas DAN dalam satu satu tahun 14/15 kelas untuk banguanan yang sepatutnya di guna untuk 8 kelas setahun sahaja.
...
written by tuan tanah kedaung, December 31, 2007 11:58:37
Saya juga tinggal berhampiran dan sedih melihat sekolah yang dibina tidak siap-siap. Duit mungkin dah habis, kerja masih belum siap. Orang macam ni pun masih dipilih lagi jadi wakil rakyat. Dia sendiri tak pernah susah, tak pernah duduk bersesak dengan 50 orang rakan sekelas, tak perlu pinjam buku teks, tak perlu bayar RM100 untuk 4-5 orang anak bersekolah, macamana dia nak faham masalah rakyat?
...
written by feleaz, December 31, 2007 11:51:15
Aduh ! 50 orang dalam satu kelas, macam mana nak belajar. Ibubapa harus bersatu dan membuat aduan bersama kepada pihak sekolah dan kementerian pendidikan. Pihak BN ni memang pandai buat janji, janji dapat dikotakan sepenuhnya atau tidak, tak ada masalah untuk mereka.

Pihak kontraktor memang beri lebih perhatian kepada rumah, kerana bila rumah tak siap, mereka tak dapat wang daripada pembeli tetapi untuk sekolah tak apa, tak siap pun boleh dapat sebahagian bayaran, lagipun bayaran itu pun sudah di "naikkan" daripada yang sepatutnya. Pihak kementerian pun sambil lewa sahaja

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comments.

busy
 

Language Translation

TwitterFacebook Twitter

ARCHIVES 2007

Losing the plot

THE CORRIDORS OF POWERRaja Petra KamarudinUmno cannot be brought down, at least not from the outside. That’s what 50 years of Umno rule has taught us. Actually it is 52 ...

All that crap

THE CORRIDORS OF POWERRaja Petra KamarudinYes, while the HINDRAF, PEKIDA and DAMAI MALAYSIA brouhaha kept us distracted, a crime boss is quietly released on the personal instruction of the Attorney-General. ...

Most Malaysians back tough stance on street protests: Poll

AN OVERWHELMING number of Malaysians are against street protests and have backed the government's decision to use the law to stop anyone from threatening racial peace and harmony, according to ...

Kelantan floods worsen as river overflows

Golok River on Thai-Malaysian border also causes chaos in Thai province of ...

'Blast not necessary by an explosives' expert'

R. Surenthira KumarThe SunThe Altantuya Shaariibuu murder trial DAY ...

PM: I won’t disappoint the people

The StarSupport me and I will not disappoint you, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi....

Najib: Destructive elements cannot be allowed to prevail

The StarThe Government cannot allow “destructive elements” to jeopardise the racial unity which had been carefully nurtured by Malaysia’s founding fathers, said Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak....

IGP: Hiccup to tracing source of SMS rumours

The StarPolice efforts in tracking down the sources of rumours of racial clashes via short message service (SMS) in Kuala Lumpur last weekend are being hampered as such messages are ...

Cops watching Hindraf

The StarThe police cyber crimes division is keeping an eye on Hindraf supporters and their activities....

NOTA BANTAHAN KEPADA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA

Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil (BERSIH) 4A Jalan Sepadu, Taman United, Off Jalan Klang Lama, 58200 Kuala LumpurTel: (03) 79806571 Fax: (03) 79802697 URL: www.bersih.org Email: ...



This Site is AnswerTips enabled. Just double click on any word on this site to get a quick reference.
You are here: Home ARCHIVES ARCHIVES 2007 Kenyataan palsu Hishammuddin mesti disanggah

Latest Posts - Archives 2007

Popular Posts - Archives 2007