Mokhzani, Mirzan, Maizura, Marina dan Mukhriz Mahathir kaya-raya disebabkan kronisme dan penipuan


THE THIRD FORCE

Syarikat pegangan Mukhriz OPCOM tidak begitu mendapat perhatian berbanding MISC dan syarikat-syarikat pegangan Mokhzani pada tahun-tahun sebelum ini yang banyak menggunakan wang rakyat bagi membela syarikat-syarikat yang ada kepentingan kepada anak Mahathir.

Pada 2009, OPCOM diperkatakan semula apabila Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, meletak jawatan sebagai Pengerusi dan CEO OPCOM Holdings Bhd. Pada ketika itu, Mukhriz menguasai 65.062 juta saham dalam OPCOM. Kedudukan Mukhriz digantikan oleh Mokhzani.

Mokhzani menstruktur semula OPCOM dan dilantik sebagai CEO. Saham OPCOM melonjak setinggi 31.2%. Mukhriz bagaimanapun, terus memiliki kepentingan sebanyak 23.5% dalam OPCOM atas namanya sendiri, manakala kepentingan 20.93% lagi atas nama Rezeki Tegas Sdn. Bhd.

Isteri Mukhriz, Norzieta Zakaria pula memegang kepentingan sebanyak 26.94% menerusi M Ocean Capital Sdn.Bhd. Isu yang membabitkan OPCOM Holding Berhad mula diperkatakan apabila syarikat dan adik beradik mendapat kontrak lumayan daripada kerajaan ketika Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Mokhzani mempunyai harta yang dianggarkan RM 2 billion ringgit, dan isterinya dalam 200 buah syarikat tempatan. Mokhzani Mahathir mengumpulkan sebanyak RM 54 juta ringgit. Mahathir mengarahkan Qarun Malaysia Daim Zainuddin memberikan beberapa kontrak kepada Mokhzani Mahathir.

Pada masa itu Daim merupakan Menteri Kewangan. Mokhzani diberikan peluang mendapat saham percuma dalam beberapa projek yang dianjurkan oleh peniaga Cina yang baru diperniagakan di BSKL. Semua kekayaan Mokhzani adalah hasil kronisme dan penipuan Mahathir dan Daim Zainuddin.

Mokhzani disenaraikan sebagai orang yang ke-11 terkaya di Malaysia oleh Forbes dengan nilai harta kekayaan US$ 1.2 bilion (RM 3.81 bilion) pada tahun 2014. Kekayaannya dapat dilihat memandu Bugatti Veyron biru, salah satu kereta paling mahal di dunia, bermula dari harga $1.5 juta.

Persoalannya mampukah anak orang biasa menguasai Maxis, Kencana Petroleum dan Litar Antarabangsa Sepang tanpa bantuan dari mana-mana pihak yang berkuasa di Malaysia? Pemilik Maxis, Tan Sri Ananda Krishnan merupakan antara kroni terapat Mahathir. Ananda mempunyai pelbagai jenis perniagaan sama ada dari bidang telekomunikasi, perkapalan dan industri minyak dan gas.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...