Low Sr. and Low Jr. charged for committing crimes in Singapore


Low Taek Jho a.k.a. Jho Low and his father, Tan Sri Low Hock Peng a.k.a. Larry Low, are facing eight charges in a Putrajaya court for committing crimes related to 1MDB in Singapore. 

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

(Perak Today) – Pihak polis memfailkan lapan pertuduhan pengubahan wang haram terhadap ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low dan bapanya, Tan Sri (Larry) Low Hock Peng, yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut BH Online yang memetik sumber, portal dalam talian The Edge, kertas tuduhan berkenaan difailkan ‘in absentia’ (tanpa kehadiran tertuduh) di Mahkamah Sesyen Putrajaya pagi tadi.

Mengikut kandungan dokumen yang diperoleh The Edge, Jho Low menghadapi lapan tuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.

Bapanya, Hock Peng pula menghadapi satu pertuduhan memindahkan AS$56 juta (RM230 juta) kepada anaknya, yang secara keseluruhan menghadapi lapan pertuduhan seperti berikut:

1) Pada atau sekitar 26 Disember 2013, dia terbabit dalam pengubahan wang haram di mana dia menerima wang berjumlah AS$62.299 juta hasil kegiatan haram daripada akaun DLA Piper US LLP di Citibank NA yang tertera nombor 2185115 ke dalam akaunnya di BSI Bank Ltd (BSI) di Singapura yang bernombor 6C02328A.

2) Pada atau sekitar 4 Februari 2014, dia terbabit dalam pengubahan wang haram di mana dia menerima wang berjumlah AS$56.449 juta hasil kegiatan haram daripada akaun (6C02423A) milik Low Hock Peng di BSI Singapura ke dalam akaunnya di BSI Singapura yang bernombor 6C02328A.

3) Pada atau sekitar 3 Jun 2014, dia terbabit dalam pengubahan wang haram di mana dia menerima wang berjumlah AS$142 juta hasil kegiatan haram daripada akaun (41153595.2001) milik Alpha Synergy Ltd di BSI Lugano, Switzerland ke dalam akaunnya di BSI Singapura yang bernombor 6C02328A.

4) Pada atau sekitar 7 Januari 2014, dia terbabit dalam pengubahan wang haram di mana dia memindahkan wang berjumlah 19.9 juta Euro hasil kegiatan haram daripada akaunnya di BSI Singapura yang bernombor 6C02328B ke dalam akaun (0204420317251001) milik World View Ltd, Cayman Islands, di Caledonian Bank Ltd.

The crimes were committed in Singapore

5) Pada atau sekitar 5 Februari 2014, dia terbabit dalam pengubahan wang haram di mana dia memindahkan wang berjumlah 1 juta Euro hasil kegiatan haram daripada akaunnya (6C02328B) di BSI Singapura ke dalam akaun (0204420317251001) milik World View Ltd, Cayman Islands, di Caledonian Bank Ltd.

6) Pada atau sekitar 18 Februari 2014, dia terbabit dalam pengubahan wang haram di mana dia memindahkan wang berjumlah 17.5 juta Euro hasil kegiatan haram daripada akaunnya (6C02328B) di BSI Singapura ke dalam akaun (0204420317251001) milik World View Ltd, Cayman Islands, di Caledonian Bank Ltd.

7) Pada atau sekitar 2 April 2014, dia terbabit dalam pengubahan wang haram di mana dia memindahkan wang berjumlah 2.7 juta Euro hasil kegiatan haram daripada akaunnya (6C02328B) di BSI Singapura ke dalam akaun (0204420317251001) milik World View Ltd, Cayman Islands, di Caledonian Bank Ltd.

8) Pada atau sekitar 3 Jun 2014, dia terbabit dalam pengubahan wang haram di mana dia memindahkan wang berjumlah AS$140.636 juta hasil kegiatan haram daripada akaunnya (6C02328B) di BSI Singapura ke dalam akaun (0204420317251001) milik World View Ltd, Cayman Islands, di Caledonian Bank Ltd.

 



Comments
Loading...