Dr. Mahathir berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan berusaha meningkatkan pendapatan negara antaranya menerusi sektor pelancongan dan perladangan.

“Terdapat cara lain untuk mendapatkan wang tetapi lebih penting lagi kita perlu bajet yang lebih kecil.

“Rakyat mesti menerima keadaan di mana kita tidak berada dalam keadaan yang baik,” katanya dipetik menerusi wawancara bersama portal The Malaysian Insight hari ini.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini memperuntukkan RM280.25 bilion untuk Bajet 2018 dengan 16 peratus daripadanya iaitu RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.