Kesalahan Pakatan Harapan Dalam Kemelut Equanimity


Salleh SD

Di dalam kemelut yang berkait dengan Equanimity, Pakatan Harapan bertindak membuta tuli dan tidak mengendahkan undang-undang. Tiada satu bukti pun yang mengatakan bahawa pembelian Kapal Equanimity menggunakan duit dari 1MDB. Walaupun kes ini belum menerima sebarang bukti mahupun laporan rasmi tetapi Pakatan terus membuat kesimpulan bahawa Equanimity dibeli menggunakan hasil duit dari 1MDB.

Apa yang dilakukan oleh Pakatan seolah-olah menjatuhkan hukum sebelum bermulanya siasatan. Dimana mengikut prosuder yang betul di sisi undang-undang. Pada setiap pertuduhan bukti perlu ada dan juga perlu dikemukan. Malangnya, pada kemelut ini bukan sahaja bukti yang tiada malah siasatan rasmi pun tiada.

Sekalipun 1MDB melakukan kesalahan.Ianya kesalahan yang dilakukan bukan di Malaysia. Ianya berlaku di luar Malaysia atau di tanah asing. Sebarang hukuman atau tindakan dibuat adalah mengikut undang-undang Negara yang menjalankan siasatan. Undang-undang Malaysia berlainan dengan undang-undang Negara yang lain. Jadi Malaysia tidak ada kuasa untuk campur tangan didalam kemelut ini.

 



Comments
Loading...