RAJA PETRA KAMARUDIN BERTANGGUNG JAWAB MEMBAWA IRI (INTERNATIONAL REPUBLICAN INSTITUTE) KE MALAYSIA PADA TAHUN 2000 UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL


Geliga Naga

Baru-baru ini telah tersebar dengan meluas sebuah video berdurasi 2.26 minit mengenai sebuah forum yang di adakan oleh Centre for Strategic and International Studies (CSIS) di Amerika Syarikat. Di dalam video tersebut seorang individu yang dikenali sebagai Daniel Twinning telah memperkenal diri beliau sebagai ahli International Republic Institute (IRI).

Daniel Twinning telah secara terbuka membuat pengakuan bahawa IRI telah pun bekerjasama dengan pihak pembangkang- PAKATAN (pihak kerajaan masa kini) sejak tahun 2002 untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional. Daniel Twinning juga mengaku telah bertemu dengan beberapa individu pemimpin pembangkang pada masa itu untuk bekerjasama termasuklah menyalurkan dana serta berkongsi strategi untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional.

Laporan Polis Reggy Jessy

Selama 15 tahun pada 2018 pembangkang yang disebut di atas telah berjaya menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional pada PRU14 lalu. Ekoran dari sebaran video tersebut satu laporan Polis telah di buat oleh sebuah NGO Pergerakan Malaysiaku Tanah Airku diterajui oleh penulis blog The Third Force – Reggy Jessy pada 7hb Ogos 2018. Reggy Jessy berpendapat pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia hendaklah menjalankan siasatan kerana pendedahan di dalam video tersebut adalah suatu pengakuan yang boleh diterima pakai dari sudut perundangan. Manakala individu yang dinyatakan oleh Daniel Twinning merupakan “pengkhianat Negara” dan harus dikenal pasti serta di ambil tindakan berpandukan peruntukkan undang-undang Negara serta Perlembagaan Persekutuan bagi kesalahan cubaan menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional dengan menggunakan kuasa asing secara tidak sah.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...