Kita akan menentang sekeras kerasnya cadangan kjaan PH nak leburkan MARA


Annuar Musa

Kita akan menentang sekeras kerasnya cadangan kjaan PH nak leburkan MARA dan di faraid kpd empat kementerian berbeza..

sumber membayangkan PENDIDIKAN (MRSM,unikl,kppm dll)KE KEMENTERIAN PELAJARAN…SKT PERNIAGAAN KE KEMENTERIAN EKONOMI…GIAT MARA KE KEMENTERIAN USAHAWAN…DAN MARA BAWAH KKLW…

Perlu di ingat MARA di tubuhkan melalui AKTANYA SENDIRI yg di bahas dan di luluskan wakil rakyat di parlimen 1966..Apa apa perubahan mesti terlebih dahulu di bahas di parlimen

Perlu juga di ingat MARA di ujudkan hasil KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA yg memperakukan MARA menggantikan RIDA…dan keujudan RIDA adalah satu trade off yg di buat BRITISH utk meredakan orang Melayu khususnya UMNO yg bersetuju berkongsi kerakyatan dgn bangsa lain.Maka MARA tidak boleh sewenang wenangnya di faraidkan

Selepas segala aset Mara dan kumpulan skt Mara di swastakan,kita mengambil masa yg lama membina semula asset dan skt Mara..Sewaktu saya meninggalkan MARA,ia berada dlm keadaan paling kukuh..kita membentuk trust fund pendidikan bernilai RM1 b dgn RM500j dari sumber kita sendiri dan rm500j dana kjaan..Skt Mara mula mencatatkan keuntungan dgn PMB yg saya pengerusikan merekodkan keuntungan 180% dari tahun sebelumnya..Mara corp di ujudkan utk menjadi payong kumpulan skt yg semakin berdaya maju…

Setiap tahun MARA membiayai kira kira 200,000 pelajar pelbagai peringkat.Unikl saja mempunyai pelajar hanpir 30,000…dan MRSM Hampir 50,000…KKTM ,KPTM,KM,GIATMARA melibatkan puluhan ribu pelajar..

Ada pihak cuba nak berikan gambaran negative tentang MARA..ada yg cuba mereka reka cerita seolah ada penyelewengan besar dlm Mara.Sepanjang saya di Mara tiada perkara sedemikian…KECUALI ISU PEMBELIAN ASSET DI AUSTRALIA YG BERLAKU SEBELUM SAYA,YAITU 2012 SEMASA DS SHAFIE AFDAL sebagai menteri…YG SUDAH KITA SERAH KPD SPRM DI MANA SAYA SENDIRI MEMBUAT LAPURAN DAN MEMBERI KENYATAAN SETAKAT YG DI KETAHUI OLEH SAYA BERDASAR FAIL DAN MAKLUMAT YG DI BERI PARA PEGAWAI..isu itu sepatutnya di siasat ke akar umbi dan itulah pendirian saya hingga hari ini tentang isu tersebut..Sekiranya ada salah laku dlm urusan pembelian aset tersebut TINDAKAN BERDASARKAN UNDANG UNDANG WAJIB DI AMBIL…jika tiada yg salah maka berhentilah membuat fitnah.

Sepanjang sy menjadi pengerusi,Pembelian aset luar negara tidak di benarkan sama sekali…Pengerusi Mara tidak lagi menduduki mana mana jk tender atau perolehan…permohonan nak majukan aset mara secara direct nego tidak di benarkan,kecuali anak skt Mara sendiri..ITU PUN MESTI KELULUSAN MENTERI..

Kita tempatkan pegawai SPRM di unit integrity Mara.Utk rekod MARA mendapat SIJIL BERSIH ketua Audit Negara 5 tahun berturut turut…

Percubaan utk memfitnah MARA tidak berjaya dan MARA terus melaksanakan AGENDA MEMPERKASA BUMIPUTERA walau lazimnya byk perkara tidak kita hebahkan atas dasar wisdom utk tidak berbuat demikian.YANG TERSURAT DAN YG TERSIRAT TERUS DI LAKSANAKAN PENUH STRATEGI UTK MENYEMPURNAKAN MISI PENUBUHAN NYA…IA SATU AMANAH RAKYAT…
Jgn kecilkan MARA..jangan racik racikkan MARA..jgn gadai mara dgn harga politik yg murah..

 



Comments
Loading...