PTD Gred 54 miliki akaun RM29 juta tidak didakwa demi selamatkan Shafie Apdal?


Mana Shukri Abdull? Mengapa menjadi berpilih-pilih dalam siasatan dan pendakwaan?

Malaysia Choice

Media menyiarkan tangkapan reman Hartaty Rahmat TSUB KKLW secara meluas. Jadi bagaimana beliau yang memiliki RM29 juta tidak didakwa ataupun Shafie Apdal turut didakwa segera kerana beliau sanggup menjadi saksi. Mana Shukri Abdull? Mengapa menjadi berpilih-pilih dalam siasatan dan pendakwaan?

Sudah 48 jam berlalu nampaknya Dato’ Sri Shukri Abdullah Ketua Pesuruhjaya SPRM terus berdiam diri mengenai arahannya menutup Kes Rasuah Dato’Seri Shafie Apdal. Sekalipun blog thethirdforce mencabar dan Malaysia-today menekan beliau nampaknya Shukri lebih bimbang kes Shafie Apdal ke depan semula.

Baca: Shukri SPRM arah kes Shafie Apdal ditutup, saksi miliki akaun RM29 juta dibebaskan

Dato’ Sri Shukri akan terus diasak, bagaimana dia melepaskan Norhartaty Rahmat  bekas Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW gred 54 mempunyai wang dalam akaun RM29 juta. Sangat luar biasa.

Projek-projek KKLW bawah seliaannya yang diarahkan Shafie Apdal jelas memberi habuan kekayaan kepadanya. Beliau tidak didakwa sehingga sekarang kerana bersedia menjadi saksi untuk mengheret Shafie Apdal di mahkamah.

Bagaimana Norhartaty seorang penjawat awam yang kaya-raya senang lenang, gaya mewah, sentiasa melancong ke luar negara dan mempunyai wang RM29 juta tidak didakwa di bawah Akta SPRM2009 atau AMLA? Belum masuk aset rumeh di Bangi dan hartanah lain. Mengheret Hartaty akan mengheret Shafie Apdal sekali.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...