Harga Kereta Dijangka Naik Selepas 1 September 2018 – Proton


(Pandu Laju) – BERMULA sekarang hingga Ogos 2018, angka jualan kenderaan dijangka meningkat susulan pengurangan kadar GST daripada 6 kepada sifar peratus. Ia juga didorong dengan pengenalan semula SST yang akan berkuatkuasa mulai 1 September depan.

Situasi ini agak berlainan daripada sebelum ini kerana kebiasaanya angka penjualan kenderaan akan menurun selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa, harga kenderaan dijangka naik selepas pengenalan SST mulai 1 September . Rentetan itu, orang ramai akan mengambil peluang untuk membeli kenderaan pada harga lebih murah sebelum SST dilaksanakan.

Pandangan itu turut dikongsikan oleh Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad yang turut menyatakan harga kereta bakal naik mulai 1 September.

Kadar SST yang bakal diperkenalkan semula akan kekal pada 10 peratus. Secara logiknya, pengenalan semula SST mungkin akan membuat harga kenderaan meningkat berbanding GST 6 peratus yang dikenakan sebelum ini. Ya, mengikut perkiraan secara kasar harga kenderaan pasti akan naik. Lagipun kenderaan termasuk dalam klasifikasi barangan mewah.

Namun, pengiraannya tidaklah semudah 10 tolak 6. Jika mahu memastikan harga kenderaan terus murah, Kerajaan perlu memastikan SST lebih rendah berbanding kadar GST. Dalam erti lain, kadar SST perlu di bawah 6 peratus.

Bagi anda yang masih tercari-cari kenderaan baharu, inilah masa terbaik untuk memilikinya pada harga lebih rendah. Tunggu apa lagi?

 



Comments
Loading...