Putrajaya reactivates 4-body 1MDB special task force


The task force was abruptly ended in 2015 after then AG Abdul Gani Patail was replaced with Mohamad Apandi Ali.

(FMT) – Prime Minister Dr Mahathir Mohamad today announced the return of the special task force to investigate 1MDB, three years after it was abruptly ended following the appointment of Mohamed Apandi Ali as the attorney-general.

The revived team retains two of its former members as joint heads: Apandi’s predecessor Abdul Gani Patail and former chief commissioner of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), Abu Kassim Mohamed.

Two others are newly appointed MACC chief Mohd Shukri Abdull and former Special Branch deputy director, Abdul Hamid Bador.

In a statement, the Prime Minister’s Office said the task force consists of MACC, police, the Attorney-General’s Chambers and Bank Negara Malaysia.

The previous task force was set up following a Wall Street Journal report in July 2015 alleging that US$700 million was deposited into then prime minister Najib Razak’s private bank accounts a few months before the 13th general election.

****************************************************************************

KENYATAAN MEDIA

PENUBUHAN PASUKAN KHAS SIASATAN KES 1MDB

YAB Perdana Menteri telah bersetuju untuk membentuk satu Pasukan Khas Siasatan 1MDB bagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes 1MDB, pengesanan dan rampasan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

Pasukan Khas ini akan diketuai bersama oleh YBhg Tan Sri Gani Patail (mantan Peguam Negara), YBhg Tan Sri Hj Abu Kassim Mohamed (mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM), Dato Sri Hj Mohd Shukri Abdull, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Dato’ Abdul Hamid bin Bador. Keanggotaan Pasukan ini akan terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan beberapa orang peguam yang mempunyai kepakaran dalam perkara berkaitan.

Pasukan Khas ini akan bertanggungjawab dalam keseluruhan aspek penyelarasan siasatan, pengesanan kewangan dan perolehan aset yang berpunca dari salah laku dan penyelewengan dana 1MDB yang tersimpan atau dilaburkan di dalam dan luar negara. Pasukan Khas ini juga bertanggungjawab untuk mendapatkan kerjasama dengan pelbagai pihak agensi penguatkuasaan Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Kanada dan lain-lain negara yang berkaitan.

Kerajaan berharap penubuhan Pasukan Khas ini dengan penglibatan pelbagai agensi penguatkuasaan yang terlibat akan berupaya mengembalikan maruah negara yang telah tercemar selama ini di samping mengembalikan wang dan aset rakyat Malaysia berikutan skandal kleptokrasi hasil salah laku dan penyelewengan dana 1MDB.

Pejabat Perdana Menteri

21 Mei 2018

 



Comments
Loading...