Mahathir Tuduh PAS Jual Agama Untuk Pancing Undi


(Suata TV) – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr. Mahathir Mohamad menuduh PAS sebagai parti yang menjual agama semata-mata untuk memancing undi.

Menurut Mahathir, PAS sudah berubah dan mempunyai banyak duit yang diperolehi daripada ‘kawan baik’ parti itu iaitu UMNO.

“Bulan ni sedih dah pedah dua. PAS dulu macam batu. Sekarang dah pecah jadi AMANAH (Parti Amanah Negara ) termasuk Nik Omar Nik Abdul Aziz kerana PAS bukan lagi macam zaman bapanya

“Ini semua mengarut. Guna agama untuk pancing undi. Dulu kata UMNO kafir. Nak jadi Islam tak payah mengucap shahadah, kata sahaja duit.

“Bila dapat duit boleh jadi Islam. Sedih kerana agama Islam dijual dengan harga murah,” katanya dalam ceramah Pakatan Harapan di Padang Sera, Jerlun malam ini.

Dalam ceramah itu, Mahathir yang batuk sebanyak enam kali itu turut menjadikan malam ini sebagai medan untuk menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Boleh dikatakan nama Najib berulang kali disebut dengan isu-isu yang dimainkan adalah kitar semula.

 



Comments
Loading...