KENAPA BARU SEKARANG MAHATHIR ZIARAH KUBUR TOK GURU NIK AZIZ?


DARI SUDUT LAIN

Sejak hidupnya, Mahathir dikenali sebagai musuh no.1 bagi PAS. Berbagai perkara telah dilakukan bagi memberi tekanan kepada PAS. Sejak kemenangan PAS di Kelantan 1999, Mahathir terus menganaktirikan negeri tersebut. Bahkan pernah mengugut akan mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri jika melaksanakan undang-undang jenayah Islam di negeri terbabit. Apabila PAS menang di Terengganu tahun 1999, royalti petroleum terus dinafikan. Bahkan ketika berlaku tragedi Memali 1985, Mahathir merupakan PM waktu itu.

Permusuhan Mahathir lebih tertumpu kepada bekas Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan di zaman Mahathir sebagai PM. Sepanjang karier politik kedua mereka, berbagai kenyatan berbalas dikeluarkan kedua mereka. Tindakan-tindakan Mahathir terhadap Kelantan juga sangat prejudis waktu itu.

Kemuncaknya adalah apabila anak ketiga Tok Guru Nik Aziz, Nik Adli ditahan ISA kerana dituduh terlibat dengan kumpulan pengganas. Tok Guru menyatakan tidak akan memaafkan orang yang memenjarakan anaknya itu. Namun Mahathir tetap dengan sikapnya memusuhi PAS.

http://asas2020.blogspot.my/2015/02/kematian-nik-aziz-wajar-menginsafkan.html?m=1

Permusuhan mereka berlanjutan hinggalah tuhan menjemput Tok Guru Nik Aziz ke hadratNya. Sejak daripada beliau sakit hinggalah dikebumikan, langsung tidak kelihatan kelibat Mahathir menziarahi Tok Guru.

Keadaan sangat berbeza dengan pendekatan Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak. Beliau kelihatan mengambil jalan yang lebih mesra dengan PAS. Setiap kali presiden PAS dirawat, beliau tidak akan melepaskan peliang menziarahi Datuk Seri Abdul Hadi di hospital. Malah ketika Tok Guru Nik Aziz sakit, bukan sekali beliau berziarah. Ketika mendapat tahu kematian Tok Guru, Najib terdiam seketika walaupun sedang menyampaikan ucapan. Beliau terus bergegas ke tempat pengebumian di Pulau Melaka, Kelantan.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/01/29/pm-ziarah-nik-aziz/

https://youtu.be/12XLZONQBJo

http://antarapos.com/am/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WmapJoaA==

Berbalik kepada Mahathir, beliau masih ego untuk memberikan penghormatan terakhir kepada seteru politik tradisinya itu. Sehinggalah hari ini, ketika beliau mengambil keputusan untuk bersama PH, sikapnya beliau tiba-tiba sahaja berubah. Berubah mengikut sikap PH.

Umum mengetahui PH menjual nama Tok Guru Nik Aziz kononnya mereka penerus legasi beliau. Penyertaan anak Tok Guru, Nik Omar ke dalam PH dilihat bukan bertujuan untuk menawan Chempaka, tetapi lebih kepada menjaja nama Nik Omar atas sentimen anak Tok Guru ke seluruh Malaysia. Nik Omar tidak langsung berkempen di Chempaka, tetapi diheret ke seluruh negara.

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/6542-tak-akan-menang-dengan-jual-nama-tgna

Mahathir sangat licik dalam berpolitik. Baru-baru ini beliau telah mengeluarkan video menangis yang sangat menyentuh emosi. Politik mengeksploitasi emosi ini sangat terkenal di seluruh dunia. Barack Obama sendiri dua kali menangis menjelang pilihanraya presiden.

Hari ini, beliau mengambil tindakan mahu menziarahi kubur Tok Guru Nik Aziz. Malangnya telah dihalang oleh Nik Adli, mangsa kezaliman Mahathir sendiri. Alasan Nik Adli, ziarah pada waktu ini boleh menimbulkam spekulasi yang bermacam-macam. Boleh dieksplotasi dengan berbagai perkara yang memberi keuntungan politik buat Mahathir.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/06/dr-m-batal-niat-ziarah-kubur-nik-aziz/

Kita juga mempertikai, setelah 4 tahun Tok Guru pergi, kenapa baru hari ini mahu ziarah? Kenapa diambang pilihanraya? Kenapa bukan sebelum ini? Jelas membawa tujuan yang terselindung.

Nik Adli bagaimanapun memberitahu Mahathir bahawa beliau bebas untuk datang ke pusara Tok Guru selepas 9 Mei nanti. Datang sahaja bila-bila masa yang dikehendaki.

 



Comments
Loading...