‘JARINGAN BERGAYA’ PRESIDEN PAS, EDITOR SARAWAK REPORT KINI DI AMBANG KEKALAHAN


DARI SUDUT LAIN

Kes saman Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang, terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown (CRB), tampak semakin menarik. Kes tersebut telah memakan masa hampir dua tahun bermula daripada prosedur penghantaran surat tuntutan guaman oleh pihak Presiden PAS kepada pihak CRB pada Disember 2016. Tuduhan itu dibuat pertama kali dalam artikel Sarawak Report bertarikh 6 Ogos 2016 yang bertajuk “As Najib denies all over 1MDB let’s not forget his many other criminal connections”.

Sejak awal kes, CRB kelihatan sengaja melengah-lengahkan masa dengan memberikan berbagai alasan kepada mahkamah. Antaranya dengan mengatakan beliau telah tidak mengendahkan surat tuntutan guaman yang telah dihantar kepada beliau. Ringkas cerita, akhirnya pendengaran kes kali pertama berlaku di Mahkamah Tinggi Queen`s Bench Division pada 16 Jun 2017. Namun pada waktu itu defendan CRB sepatutnya mengemukakan keterangan beliau terhadap tuntutan plaintif (Dato Seri Abdul Hadi), tetapi beliau gagal berbuat demikian. Sebaliknya beliau mengemukakan permohonan jaminan kos (security for cost). Maka mahkamah memutuskan untuk menangguhkan persidangan ke tarikh 2 Ogos. Sekali lagi masa dilengahkan.

Pada tarikh 2 Ogos, mahkamah mendengar permohonan jaminan kos yang dibuat oleh CRB. Beliau membuat permohonan dengan alasan bahawa sukar untuk menuntut kos tersebut di Malaysia sekiranya pihak beliau menang nanti. Tiga sebab diberikan untuk menyokong alasan beliau tersebut iaitu kerana (1) tidak ada proses timbal balik antara badan kehakiman UK dan Malaysia, (2) polis Malaysia mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau dan (3) sistem kehakiman di Malaysia adalah korup dan tidak adil.

Namun kesemua alasan yang diberikan itu ditolak oleh hakim kerana ia tidak benar sama sekali. Hakim telah mengisytiharkan sesi tersebut dimenangi oleh pihak Presiden PAS serta mengarahkan CRB untuk membayar dua pertiga kos semasa yang ditanggung pihak Presiden PAS, dan membayar serta merta £15,000.

Selepas itu, CRB terus menggunakan helah untuk melengahkan perbicaraan. Beliau telah mengemukakan keterangan pembelaan kepada mahkamah, tetapi kemudiannya meminda keterangan tersebut beberapa kali menyebabkan tarikh prosiding di mahkamah tidak dapat ditentukan. Bahkan mengikut maklumat daripada peguam PAS di Malaysia, Wan Rohimi, sudah ada pihak ketiga yang mendakwa mewakili CRB datang bertemu pimpinan PAS meminta Tuan Guru  menarik balik saman dan diadakan penyelesaian di luar mahkamah.

Pada 30 April yang lalu, mahkamah bersidang untuk mendengar keterangan membela diri dari pihak CRB. Beliau telah mengemukakan 55 mukasurat keterangan membela diri itu, 40 mukasurat ditolak oleh mahkamah. Selain itu, mahkamah turut menolak empat lagi permohonan beliau iaitu (1) permohonan untuk mengenepikan saman, (2) permohonan diadakan perbicaraan berasingan terhadap persoalan sama ada pembaca Sarawak Report memahami artikel berkaitan adalah merujuk pada Presiden PAS, (3) permohonan bagi meminda pembelaan untuk dengan memasukkan rakaman audio yang didakwa rakaman suara Ustaz Nik Abduh, dan (4) permohonan penangguhan saman Tuan Guru atas dakwaan PAS telah membuat gangguan terhadap Clare dan Ambiga.

Tambahan daripada itu, hakim memerintahkan CRB membayar £41,400 (RM227,700.00) sebagai kos bayaran guaman Presiden PAS yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari. Perbicaraan penuh dijadualkan akan bermula pada April 2019.

Baca laporan lanjut di:

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/6449-sarawak-report-hancur-musnah-cereka-fitnah-jahat

berdasarkan kedudukan semasa, Presiden PAS telah mendahului CRB dengan 6-0 di ‘separuh masa pertama’. Mengikut ada permainan bolasepak, peluang CRB untuk bangkit semual adalah amat tipis. CRB hanya perlu berharap kepada keajaiban luarbiasa sekiranya masih tidak mahu mengaku kalah. CRB sudah tidak berjaya untuk membuktikan kebenaran pernyataan beliau. Apa yang tinggal sekarang hanyalah peluang untuk membuktikan, apakah laporan tahun 2016 itu wajar atas alasan melibatakan kepentingan awam ataupun tidak  (Defence of Public Interest dan Fair Comment).

Menjelang PRU14 ini pula, tentu sekali perkembangan kes di London ini memberi kelebihan besar buat PAS dalam mematahkan serangan musuh politik terhadap mereka selama ini. Pihak PH pula perlu memikirkan fitnah lain jika ingin terus menyerang PAS. Dan jangan pelik sekiranya pimpinan PH mengeluarkan kenyataan seolah membela CRB dan menafikan kelebihan PAS dalam kes ini, walaupun mereka selama ini mendakwa tidak ada kaitan dengan CRB dan Sarawak Report.

Tahniah Tuan Guru. Pelaburan yang sangat berbaloi dan tindakan yang sangat bijak!

Baca ulasan terdahulu:

http://www.malaysia-today.net/2017/09/02/saman-sarawak-report-siri-2-tamparan-buat-zaid-ibrahim-dan-pan/

http://www.malaysiandigest.com/frontpage/29-4-tile/691684-video-round-1-hadi-1-clare-0-over-uk-court-case-that-najib-paid-rm90-mil-to-pas.html

 

 



Comments
Loading...