Percubaan bunuh Mahathir?


Hamzah Osman, NST

Tun Dr Mahathir mendakwa ada pihak cuba sabotaj perjalanannya ke Langkawi hari ini, sebagai usaha menghalang beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, pihak yang mempunyai niat jahat itu dipercayai telah merosakkan pesawat yang sebelum itu bersedia membawanya ke pulau itu.

“Ketika mahu naik, pilot bagi tahu (pesawat) bocor dan mujurlah dapat kesan awal… kalau dah terbang mungkin kemalangan dan saya jatuh.

“Saya yakin ada orang yang rancang buat perkara ini dan tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Hi-Tea Wanita Pakatan Haraoan (PH) Bersama Komuniti Cins dan India Langkawi di sini, hari ini.

Is Mahathir Going To Be Assassinated Before 9th May?

Dr Mahathir berkata, akibat kerosakan besar pada pesawat itu, beliau terpaksa mencari pesawat lain sebagai ganti bagi membolehkannya tiba di Langkawi.

“Saya pernah memberi amaran sebelum ini mengenai rancangan pihak tertentu cuba menghalang calon PH tiba di pusat penamaan calon untuk menyerah borang pencalonan.

“Tak sangka pulak saya sendiri menjadi mangsa awal sekatan supaya tidak dapat sampai ke Langkawi dengan cukup masa bagi proses pencalonan esok,” katanya.

Turut hadir dan berucap pada majlis itu, calon PH kerusi N01 Ayer Hangat, Johari Bulat dan N02 Kuah, Mohd Firdaus Ahmad.

 



Comments
Loading...