DR MAHATHIR BAKAL KETUA UMUM PKR?


DARI SUDUT LAIN

RoS baru sahaja mengeluarkan kenyataan penggantungan sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Susulan dari itu, pihak PPBM bakal mengeluarkan kenyataan balas dalam masa terdekat.’

Bagi pemerhati politik Malaysia, sudah pasti tanda tanya yang akan bermain di minda adalah berkenaan logo yang bakal digunakan oleh PPBM dalam PRU nanti. Tidak mustahil mereka akan menumpang logo PKR. Sebelum ini, ura-ura mengatakan bahawa PH mencadangkan agar logo PKR digunakan oleh semua parti komponen sekiranya pendaftaran PH masih belum diluluskan. Namun terdapat khabar angin menyatakan perkara tersebut tidak dipersetujui oleh DAP.

Untuk menggunapakai logo DAP pula, sudah tentu sukar buat parti selain DAP menerimanya. Jika kita meninjau di kawasan penduduk melayu, logo PPBM, PKR dan PAN semuanya sudah dinaikkan. Tetapi DAP masih tidak ada. Menunjukkan melayu tidak begitu gemar dengan logo DAP.

Semuanya terpulang kepada pucuk pimpinan Pakatan Harapan. Tetapi harus diingat, sekiranya PPBM menggunakan logo PKR, besar kemungkinan bagi PKR, pemimpin de facto parti itu akan bertukar kepada Tun Mahathir, tidak lagi Anwar Ibrahim. Mahathir akan menguasai PKR kerana beliau memiliki keupayaan itu. Perkembangan sekarang sudah mula menunjukkan pemimpin-pemimpin besar PKR sudah tunduk kepada Mahathir seperti Azmin Ali dan Nurul Izzah Anwar.

 



Comments
Loading...