DAP takut bayang-bayang sendiri: PAS


Tidak pelik bagi PAS untuk menyokong perkara tersebut memandangkan dasar PAS adalah tidak membuat fitnah kepada mana-mana pihak, walaupun PAS adalah parti yang sering kali menjadi mangsa fitnah musuh-musuh politiknya.

(Antarapos) – PAS menyifatkan DAP takut dengan bayang-bayang sendiri apabila mempersoalkan tindakan parti itu menyokong Rang Undang-Undang (RUU) AntiBerita Tidak Benar 2018.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tidak pelik bagi PAS untuk menyokong perkara tersebut memandangkan dasar PAS adalah tidak membuat fitnah kepada mana-mana pihak, walaupun PAS adalah parti yang sering kali menjadi mangsa fitnah musuh-musuh politiknya.

“PAS menjadi mangsa yang cukup banyak kepada fitnah-fitnah yang tidak berasas, termasuk DAP sendiri. Mungkin betul ia (DAP) takut pada bayang sendiri. Undang-undang ini tidak boleh diambil untuk perkara yang menguntungkan kita sahaja, ini adalah untuk semua. Dan bagi PAS, kandungan akta ini sendiri juga sebagai langkah pencegahan, katanya dipetik portal Sinar Harian.

“Contohnya seseorang yang difitnah melalui media sosial dan sebagainya, dia boleh pergi ke mahkamah, buat permohonan sebelah pihak dengan bukti-bukti laporan polis dan kandungan fitnah itu. Mahkamah boleh minta orang yang buat fitnah itu untuk hapuskan penyiaran tersebut.

“Kalau orang itu tidak buang, maka orang itu melakukan satu kesalahan. Maka ini satu langkah yang baik untuk kawal fitnah yang semakin berleluasa dalam masyarakat kini. Bagi saya, ia adalah ‘timely’, sudah sampai masanya. Ada undang-undang yang kawal,” katanya kepada media selepas hadir menyaksikan majlis penyerahan borang keahlian BN Nenggiri kepada Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Ahmad Yakob, di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Lim Guan Eng yang terkejut dengan tindakan Pas menyokong RUU tersebut, selain mempersoalkan adakah Pas sebuah parti sekongkol BN dan menyokong RUU yang dianggap mencabuli hak asasi manusia.

 



Comments
Loading...