MENJELANG PRU SARAF PH MAKIN MENGGILA


ROSLAN SMS

PH terus menyanyikan lagu lapok ciptaan kerabat mereka Pan.

Dalam laporan berkenaan prospek PRU 14 di Pahang dalam akhbar Sunday Star hari ini tokoh-tokoh PH terus menggomol PAS kononnya PAS memberi oksigen pada Umno.

Pengerusi PH Pahang malah dilaporkan berkata akan berlaku persefahaman antara PAS dan Umno di Pahang sehingga akan ada kerusi ditandingi satu lawan satu kerana PAS dan Umno berpakat.

Cerita kerjasama PAS Umno ini dihamburkan berleluasa oleh PH sesungguhnya kerana agenda tertentu.

Ia saraf bagi meyakinkan rakyat agar tolak PAS kerana PAS kononnya bersekongkol dengan orang jahat. Kalau Umno dan BN dilihat jahat maka apabila PAS kononnya berkerjasama dengan mereka maka PAS pun jahat dan perlu dilanyak dan ditolak.

PH sesungguhnya tahu bakal memuncak naik Tsunami Melayu dalam PRU ke 14 ini. Diyakini jika ini berlaku sebahagian pengundi Umno akan bangkit protes dan tidak mengundi Umno.

Undi protes inilah yang mahu digemis oleh PH. Maka diletaklah Tun Dr Mahathir yang jelas ditunggangi DAP itu untuk menjala undi Melayu ini buat PH. Kononnya Mahathir mampu tarik undi Melayu.

Soalnya mahukah segmen pengundi Melayu ini tolak Umno dan pangkah PH yang didalangi DAP itu?

Mahukah kita angkat diktator tua yang pernah menzalimi rakyat dan negara sewaktu beliau PM dahulu? Orang yang kuat mengamalkan kronisma dan nepotisma sehingga kaya raya kerabat dan kaum keluarganya.

Mahukah orang Melayu yang protes itu berketuakan Mahathir yang ditunggangi DAP yang sekular dan menolak Islam itu?

Mahukah kita letakkan nasib dan masa depan agama dan bangsa kita pada PH yang didominasi DAP yang menentang usaha memartabatkan mahkamah syariah, menyokong hak untuk murtad, memberi hak pada LGBT dan mempertikaikan hak Bumiputera yang dikatakan tidak adil itu?

DAP juga pertikai relevannya JAKIM, bertelagah dengan Mufti dan campuri urusan kandungan khutbah Jumaat.

Sesungguhnya undi protes Melayu yang bangkit dari Tsunami Melayu ini akan mencurah-curah ke PAS kerana mereka yakin PAS tidak akan perjudi dan gadaikan nasib dan masa depan mereka.

Inilah yang dibimbangi PH kerana itu PAS perlu diserang dan diperburukkan. Matlamat menghalalkan cara, biar tabur fitnah dan adu domba asalkan pasangan Mahathir-Kit Siang, Mukhriz- Guan Eng naik dan menguasai negara.

Tolak tipu daya PH. Tolak BN dan undilah PAS.

 



Comments
Loading...