Muhyiddin Tak Malu Skandal Dengan Bini Orang


(PRU14) – PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dikecam ekoran hubungan sulit beliau selama bertahun-tahun dengan Nika Gee Siew Yee isteri kepada bekas Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Clement Agustin.

Perkara itu terbongkar dengan pendedahan dokumen merangkumi akuan bersumpah (SD) Stanley Clement Agustin mengenai dakwaan hubungan Muhyiddin dan isterinya. Muhyiddin dikatakan menjadi punca utama perceraian mereka.

Menurut sumber, Stanley mendakwa isterinya Nika Gee Siew Yee mempunyai hubungan sulit dengan Muhyiddin ketika beliau menjadi menteri besar Johor lagi. Malah isteri Muhyiddin menyedari hubungan berkenaan dan melarang wanita terbabit bertemu dengan suaminya.

SD berkenaan juga mendakwa Nika Gee bertemu Muhyiddin di luar negara dan menerima pelbagai faedah termasuk dari aspek kewangan. Untuk makluman SD berkenaan dibuat berdasarkan pengakuan wanita terbabit.

Justeru itu, jika Muhyiddin mahu menafikan hal ini dan mahu menyaman sesiapa yang menuduhnya menjalin hubungan dengan isteri orang maka beliau perlu menyaman Nika Gee sendiri.

SD Augustin itu bertarikh 7 Disember 2015 dan dibuat ketika proses perceraiannya dengan Nika Gee sedang berlangsung.

Dalam perkara ini, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah tampil menyerahkan beberapa dokumen penting bagi membantu siasatan berhubung dakwaan skandal seks membabitkan Muhyiddin Yassin.

Dokumen tersebut merangkumi SD Stanley Clement Agustin mengenai dakwaan hubungan Muhyiddin dan isterinya, Nika Gee Siew Yee.

Malah JMM turut menyerahkan bukti tersebut kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) termasuk keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2015 berkaitan perceraian Stanley dan bekas isterinya.

Nama Muhyiddin disebut hampir empat kali dalam SD berkenaan dan kes perceraian terbabit. Memang Muhyiddin tak tahu malu skandal dengan bini orang.

 



Comments
Loading...