Kit Siang Akan Pinda Perlembagaan DAP?


Ahmad Ali Karim’s Weblog

Menjawab kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Razak bahawa hak-hak orang Melayu akan hilang jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata hak orang Melayu tetap terpelihara, malah akan dipertingkatkan jika ‘Pakatan Harapan-Bersatu’ memenangi Pilihan Raya Umum (PRU), seperti yang telah dilaporkan oleh RoketKini.

Kenyataan Lim Kit Siang itu amat lucu, mengarut dan retorik kerana mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu adalah bertentangan dengan Perlembagaan DAP; khasnya pada Fasal II Matlamat 2, 10, 11; bermakna Perlembagaan DAP mesti dipinda terlebih dahulu jika benar DAP mahu mempertahankan hak Melayu!

Malah, ramai peminpin bukan Melayu DAP dan Pakatan DAP yang gagal berbahasa Melayu dengan baik, pada hal Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan.

Bagaimanakah DAP mahu memelihara hak istimewa orang Melayu jika bangsa Melayu tidak disebut lagi, termasuk di dalam borang rasmi dan semua bangsa mahu dirangkumkan sebagai satu bangsa sahaja?

Menyamaratakan bangsa? No Malays? Tiada lagi Melayu?

Tweet Hannah Yeoh, pemimpin kanan DAP dan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang mahu menggunakan “Anak Malaysia” sebagai nama kaum di Sijil Kelahiran anaknya.

Bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng sendiri, Tuan Razali Abdul Rahman telah menceritakan bagaimana orang-orang Melayu ditindas oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang; itu setakat memerintah negeri, apa lagi kalau DAP memerintah negara!

Lihat sahaja apa yang telah DAP lakukan di Perak semasa pemerintahan singkat mereka, bangsa manakah yang mendapat paling banyak keuntungan?

Bukan setakat parti DAP, malah parti PKR pun tidak berminat untuk mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu dan mereka juga tidak sensitif akan perasaan orang Melayu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...