MENILAI KEHADIRAN DIPLOMAT WARGANEGARA ISRAEL KE MALAYSIA


DARI SUDUT LAIN

Baru-baru ini kecoh berkenaan isu kehadiran Diplomat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) warganegara Israel ke Malaysia, David Yistchak Roet. Beliau telah mengetuai rombongan yang turut disertai oleh dua orang ahli akademik yang juga warganegara Israel iaitu Ophir Pines-Paz, Pengarah Institut Kerajaan Tempatan di Universiti Tel Aviv dan Eran Razin Insitut Perbandaran dan Kajian Serantau di Universiti Hebrew. Mereka hadir sebagai peserta persidangan World Urban Forum (WUF), sebuah organisasi di bawah PBB iaitu Program Penyelesaian Kemanusiaan PBB (UN-Habitat) yang dianjurkan di Kuala Lumpur.

Ramai pihak yang membantah sikap kerajaan Malaysia membenarkan warganegara Israel masuk ke negara ini. Berbagai tulisan dan kenyataan mengecam perkara tersebut dari berbagai pihak. Antara kritikan yang diterima adalah kerajaan Malaysia tidak sensitif terhadap nasib umat Islam di Palestin dan hipokrit kerana sebelum ini kerajaan baru sahaja menjadi tuan rumah bagi Persidangan Ulama Islam dalam isu Baitulmaqdis. Ada juga yang mendakwa Malaysia memiliki hubungan sulit dengan Israel.

https://www.malaysiakini.com/news/412320

http://amanahdaily.com/index.php/2018/02/15/david-roet-datang-secara-rasmi-malaysia-ada-hubungan-sulit-dengan-israel/

https://www.ismaweb.net/2018/02/13/diplomat-israel-berada-di-malaysia-selama-seminggu/

Sebenarnya, perkara ini tidak boleh dibaca selapis sahaja. Kita berurusan dengan pihak yang paling berpengaruh di dunia sekarang iaitu zionis. Apa sahaja yang mereka lakukan pasti memiliki agenda tersirat yang licik terutama apabila melibatkan negara majoriti muslim seperti Malaysia.

Apa yang pelik, kita lihat berita kedatangan warga Israel ke Malaysia mendapat liputan meluas media Israel seperti Times of Israel, Jewish News Syndicate, Haaretz dan Jurusalem Post. Mereka sengaja memperbesarkan berita ini seolah-olah satu kemenangan besar buat Israel.

http://www.jpost.com/Israel-News/First-Israeli-diplomat-to-visit-Malaysia-in-53-years-Country-tough-to-crack-542522

https://www.timesofisrael.com/in-first-israeli-diplomats-attend-un-conference-in-malaysia/

https://www.jns.org/israeli-delegation-visits-malaysia-for-un-habitat-conference-following-diplomatic-pressure/

Jika kita mengkaji tentang ilmu hubungan antarabangsa, apa yang berlaku itu merupakan satu kejayaan dalam bentuk tekanan diplomatik. Israel berjaya memaksa Malaysia menerima kehadiran warganrgara mereka menggunakan platform UN-Habitat. Malaysia sebelum ini tegas tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara dan tidak mahu memiliki sebarang hubungan diplomatik dengan negara haram tersebut. Tetapi oleh kerana Malaysia adalah salah sebuah negara anggota PBB dan terkenal sebagai negara yang terbuka dalam hubungan antarabangsa, maka sudut ini telah digunakan oleh Israel bagi menghakis prinsip Malaysia itu.

WUF adalah sebuah program penempatan manusia di peringkat antarabangsa yang tidak berprofil tinggi. Ia hanya sebuah seminar dari kalangan profesional dan ahli akademik dalam menangani isu-isu kemanusiaan yang tidak melibatkan politik secara langsung. Dari sudut ini, kehadiran seorang warga Israel yang tidak membawa sebarang mesej rasmi untuk negara mereka bukanlah satu perkara yang menyalahi norma kemanusiaan dan mencabar pendirian Malaysia terhadap status negara haram itu.

Bahkan jika kita mengkaji berkenaan hubungan Islam dengan bangsa Yahudi secara ilmiah, kita akan melihat agama ini tidak menyekat sebarang hubungan individu dengan Yahudi seperti hubungan perniagaan dan hubungan akademik. Hal ini boleh dilihat dalam contoh Nabi SAW berurusan meminjam kelengkapan perang daripada seorang Yahudi dalam perang Hunain. Semasa zaman Pemerintahan Bani Umayyah dan Abbasiyah pula khidmat ilmuan Yahudi juga digunakan untuk perkembangan akademik.

Rombongan daripada Israel itu tidak datang ke Malaysia sebagai wakil kepada kerajaan Israel, sebaliknya sebagai anggota WUF dan PBB. Maka dalam hubungan multilateral seperti ini, dilihat sukar bagi kerajaan Malaysia untuk tidak menerima kehadiran mereka.

https://www.middleeastmonitor.com/20180215-malaysia-issues-statement-on-israel-delegation-visit/

Jika kita masih ingat, pada tahun 2011 seorang warga Israel pernah datang ke Malaysia bernama Youssi Benayoun. Tetapi beliau bukanlah datang mewakili negara Israel, sebaliknya sebagai salah seorang pemain skuad bolasepak Chelsea. Telah menjadi adat bagi kelab-kelab bolasepak seluruh dunia mengadakan perlawanan persahabatan dengan seluruh pasukan di dunia selepas berakhirnya kempen liga tempatan masing-masing. Sebagai sebuah negara yang bernaung di bawah FIFA, Malaysia tidak wajar menghalang mana-mana pasukan yang terdapat warga Israel ke Malaysia hanya beralasan bahawa negara ini tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Israel.

https://www.thejc.com/news/world/malaysian-fans-shout-abuse-at-chelsea-s-yossi-benayoun-1.25617

Dibimbangi kritikan yang dihambur kepada kerajaan hanyalah bersifat politik semata-mata memandangkan negara sedang di ambang pilihanraya. Jika dilihat daripada pendirian parti-parti politik di Malaysia terhadap negara Israel, tidak semuanya konsisten menolak kewujudan negara haram ini. Sebagai contoh, Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri pernah menjemput pasukan kriket kebangsaan Israel ke Malaysia dan meluahkan kenyataan bahawa Malaysia terbuka untuk mengikat hubungan dengan Israel. Anwar Ibrahim pada tahun 2012 pernah menyatakan pendapat untuk mengiktiraf negara Israel melalui cadangan penyelesaian dua negara (two states solution). DAP pula pernah mempertikaikan sikap kerajaan Malaysia menyekat pasport dua orang atlet kebangsaan Israel daripada menyertai sukan luncur angin yang diadakan di Langkawi pada tahun 2015. Menilai keadaan ini, besar kemungkinan sikap bantahan yang mereka nyatakan terhadap kerajaan tidak akan kekal sedemikian sekiranya mereka berjaya menggantikan kerajaan Malaysia sedia ada sekarang.

http://www.malaysia-today.net/2017/12/08/mahathir-demolishes-palestinian-rights-with-a-cricket-bat/

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/israel-anwar-kekal-pendirian-hormati-pas-1.24477

http://www.sinarharian.com.my/nasional/sekat-atlet-israel-asri-puji-kj-pertikai-pendirian-dap-1.466170

 



Comments
Loading...