Azmin Ali perompak RM7.5 bilion wang rakyat Selangor


(SELANGOR LEAKS) – Ogos 2015, bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim membuat pendedahan mengejutkan dan sebenarnya sangat besar. Malangnya, bukan sahaja tidak disambut oleh pembangkang di Selangor yang terdiri daripada UMNO dan komponen BN, tetapi juga berjaya ditutup dan disepikan oleh Azmin Ali.

Khalid mendedahkan tentang penyelewengan besar yang berleluasa di dalam Kerajaan Negeri Selangor dengan kepala perompaknya adalah Azmin Ali sendiri melibatkan wang rakyat Selangor berjumlah RM7.5 bilion dan RM30 bilion lagi yang diletakkan di bawah sebuah syarikat bernilai RM2.

Cross-check dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat RM2 itu adalah milik Raja Shahreen dan Soffian Affendi, bukannya milik Menteri Besar Incorporation (MBI).

Khalid Ibrahim telah mendesak Azmin Ali memberi penjelasan berkaitan kos pengambilalihan industri air Selangor ketika membuat dakwaan ke atas Azmin pada sidang DUN Ogos 2015. Dalam penjelasan, Azmin hanya mampu menjelaskan tentang kos berjumlah RM2 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion.

Pertanyaan Khalid, ke mana baki RM7.65 bilion langsung tidak dijawab oleh Azmin Ali. Kata Khalid, penjelasan berhubung RM7.65 bilion tersebut amat penting kerana ia akan menyebabkan tarif air di Selangor meningkat, dan sememangnya itulah yang dilakukan oleh Azmin Ali selain menaikkan kadar percukaian di seluruh Selangor melibatkan pelbagai sektor terutama hartanah.

Menurut Khalid Ibrahim, Azmin perlu menjelaskan tentang RM7.65 bilion yang hilang itu kerana ia membabitkan kos pengambialihan. Sekiranya tidak dijelaskan, kos itu sebenarnya meningkat sekaligus harga air naik bagi membayar hutang pinjaman.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...