Dana beratus billion gagal dibawa balik punca Mahathir serang Najib?


Mahathir_najib

MyKMU

Siri serangan Tun Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak mengejutkan rakyat Malaysia.

Seakan adanya perancangan rapi dalam serangan tersebut, antaranya:

1. Sebelum Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan Rompin, kita dikejutkan dengan berita kononnya wujudnya skandal pembelian tanah TRX yang tidak telus oleh Tabung Haji. Kecoh satu negara hinggakan ketika itu penyimpan wang di Tabung Haji yang terdiri daripada pelbagai golongan termasuk orang kampung hampir terhakis kepercayaan kepada Kerajaan BN.

2. Sebelum Pembentangan RMK11 oleh Perdana Menteri, keluar pula video yang cuba memperlihat bahawa Muhyiddin Yasin menyelar 1MDB, sedangkan ucapan Timbalan Perdana Menetri tersebut adalah di dalam majlis tertutup dan ianya bukanlah seperti yang digambarkan di dalam blog atau portal berita internet pro pembangkang.

3. Terbaharu, selepas pengumuman penarafan kredit terhadap Malaysia oleh firma Fitch Ratings, keluar pula pembohongan yang maha hebat oleh media luar negara , The Wall Street Journal. Media yang pernah diharamkan oleh Mahathir ini mendakwa sejumlah wang, RM2.6Billion telah di depositkan ke akaun peribadi PM Najib.

Kenapa Mahathir menyerang tanpa memikirkan lagi kesan yang bakal dihadapi oleh Kerajaan BN dan parti UMNO yang beliau sendiri adalah sebahagian daripadanya?

Boleh dilihat dengan jelas, imej Negarawan Ulung makin “kelam” bersama usia Tun sendiri.

Tindakan yang cukup tidak bertanggungjawab dari Tun dan penyokong beliau mengundang tanda tanya bukan sahaja dari rakyat Malaysia malahan para pemimpin dunia yang lain juga.

Oleh itu berbagai teori timbul dalam mencari punca sebenar Tun bertindak ‘gila’ memburukkan nama negara di persada dunia. Isu proton, jambatan bengkok, Mukhriz jadi Perdana Menteri dan lain-lain lagi mula dianalisa satu persatu.

Gerakan pertama yang rakyat terlepas pandang.

Desakan halus supaya PM Najib lepaskan jawatan Menteri Kewangan 1:

Tun Daim pernah menulis surat mencadangkan agar Perdana Menteri jangan jadi Menteri Kewangan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...