A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow PBS @ Polis Bela Samseng

PBS @ Polis Bela Samseng PDF Print E-mail
Posted by Super Admin   
Wednesday, 21 May 2008 19:53

Oleh: 'Deep Throat' Sabah

Jika sebelum ini akronim PBS merujuk kepada Parti Bersatu Sabah yang memerintah Sabah dari 1985 hingga 1994 sering dijenamakan sebagai 'Peruntukan Belum Sampai' atau 'Pairin Bakal Susah', kini badi PBS menyerang polis kerana digelar 'Polis Bela Samseng'.

Senario ini berlaku apabila Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim telah menulis surat kepada Pengerusi Skim Pekebun Kecil Tingkayu, Yadum Atihal yang isi kandungan tersirat di sebalik surat berkenaan melarang Pekebun Kecil memasuki kebun mereka yang dirampas samseng yang diupah Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad (Koperasi).

Walaupun surat berkenaan pada dasarnya memihak kepada pekebun kecil, namun polis menghalang pekebun kecil mendapatkan semula tanah mereka yang dirampas koperasi dan mengugut akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah terhadap pekebun kecil yang merancang untuk menggunakan kekerasan jika terus dihalang memasuki tanah mereka.

Persoalannya, bagaimana pekebun kecil mahu menggunakan proses sivil untuk mendapatkan kembali tanah berkenaan sedangkan Injunksi Mahkamah Tinggi Tawau tidak dihormati dan diingkari bukan sahaja oleh samseng, malah polis turut menjadi samseng membela samseng yang sanggup memberikan mereka habuan puluhan ribu sebulan hasil rompakan buah kelapa sawit milik pekebun kecil.

Oleh itu, tidak hairan jika polis tidak pernah menyiasat dan menangkap samseng Tingkayu yang diketuai oleh Alimuddin Mohd Ajay dan David Udin yang digaji oleh koperasi untuk merompak hasil tanaman pekebun kecil.

Bayanglah betapa seorang Ketua Polis Daerah boleh duduk bersembang dan bertepuk tampar dengan seorang Ketua Samseng di khalayak ramai?

Mungkin kita tidak dapat bayangkan bahawa Ketua Polis Daerah dan pegawai kanan polis Kunak menggunakan kedudukan mereka untuk mendapatkan suapan melalui tanah yang telah mengeluarkan hasil dengan mengupah samseng merompak hasil tanaman pekebun kecil yang masih dalam pertikaian mahkamah?

Semua penduduk Kunak tahu bahawa Ketua Polis Daerah, Dingka Utoh 'memilik dirikan' tidak kurang 300 ekar tanah di Skim Pekebun Kecil Tingkayu yang kini dijaga oleh Alimuddin dan David.

Dingka sering kelihatan memasuki Skim Pekebun Kecil Tingkayu dengan menaiki kenderaan polis atau menumpang kenderaan mewah Alimuddin sekadar untuk memastikan semua pendatang tanpa izin yang digaji mereka selamat daripada serbuan pihak berkuasa dan tidak ada sebarang gangguan.

Majoriti rakyat Kunak tahu bahawa bekas Ketua Cawangan Khas Kunak, ASP Redzuan Mat Zin turut 'merampas tanah' seluas 100 ekar di Skim Pekebun Kecil Tingkayu. Kini Redzuan ditukarkan ke Semenanjung kerana terlibat dengan beberapa kes melindungi pandatang tanpa izin yang bekerja dikebunnya hasil siasatan Pegawai Perisikan Tentera (MIO).

Walaupun Redzuan telah ditukarkan, namun tanah berkenaan dijaga oleh Muhd Nur Takku yang memandu Frontier berwarna Silver kelihatan sering memasukkan wang puluhan ribu ke akaun Redzuan di BSN Kunak namun masih lepas bebas tanpa sebarang tindakan oleh Badan Pencegah Rasuah atau Ketua Polis Negara.

Dalam pada itu, Hakim Mahkamah Tinggi Tawau, Datuk Clement Skinner telah meluluskan Injunksi bagi Kes T (21) 4 Tahun 2008 pada 1 Februari 2008 yang berbunyi;

"Adalah dengan ini Plaintif (Pekebun Kecil) diberi Injunksi untuk mencegah Defendan Pertama (Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad) sama ada bagi pihak mereka sendiri, kakitangan, pekerja atau agen atau sesiapa sahaja daripada menghalang Plaintif memasuki atau keluar daripada tanah tersebut dan menuai tanaman mereka di situ dan atau Defendan Pertama daripada meminta, mengambil atau menerima milikan kosong tanah tersebut yang kononnya diberi kepada Defendan Pertama di bawah geran CL 245361951 sehingga pembicaraan tindakan ini atau perintah lanjut oleh Mahkamah ini."

Namun sejak daripada injunksi berkenaan dikeluarkan, polis gagal memastikan samseng berkenaan keluar daripada tanah yang diusahakan pekebun kecil sejak 25 tahun lalu, sebaliknya koperasi secara wewenang memasang papan tanda mendakwa tanah berkenaan milik mereka dan memperdaya pihak berkuasa dengan menggunakan keputusan rayuan perbicaraan tanah antara pekebun kecil dengan Jabatan Tanah dan Ukur.

Walau lebih 40 laporan polis dibuat, namun tidak ada sebarang siasatan atau tindakan dilakukan termasuk melibatkan jenayah senjata api, criminal tress-passing, mencuri, mencederakan, memiliki senjata berbahaya, pendatang tanpa izin dan ugutan.

Sejak dua hari lalu, polis masuk dan keluar daripada Skim Pekebun Kecil Tingkayu namun tidak ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.

Banyak mesej dan email yang diterima daripada pekebun kecil, kumpulan samseng semakin bertambah ramai dan mereka mula merampas rumah pekebun kecil dan menghalau pekebun kecil keluar daripada kebun berkenaan kononnya atas persetujuan Pesuruhjaya Polis Sabah.

Kumpulan samseng yang bersembunyi di kawasan yang terpencil gagal ditemui polis yang melakukan pemeriksaan rutin dan hanya yang memiliki kad pengenalan dibenarkan menjaga pagar penghadang jalan.

Walau laporan berpuluh laporan dibuat, namun penghadang jalan berkenaan masih kukuh berdiri menyekat pekebun kecil daripada memasuki kebun mereka dan dalam masa yang sama, Ketua Polis Daerah Kunak dan Pegawai Daerah Kunak sering kelihatan menggunakan kenderaan kerajaan bermain golf dan minum bersama samseng Tingkayu di khalayak ramai.

Kelmarin, seorang pekebun kecil, Surat Singh telah membuat laporan polis di Balai Polis Lahad Datu yang antara kandungannya berbunyi;

Pada lebih kurang jam 3.30 petang, 20 Mei 2008, saya dan pekerja saya dihalang masuk ke kebun yang didaftarkan atas nama isteri saya, ROSE LAMBASING (PT 91240583) oleh sebelas orang lelaki yang mendakwa diri mereka bekerja dengan Alimuddin Mohd Ajay dan David Udin yang menceroboh tanah kami di Skim Pekebun Kecil Tingkayu, Kunak. Saya melihat empat orang lelaki menceroboh, menyabit dan mencuri buah kelapa sawit di kebun saya. Jalan menuju ke kebun saya juga dihadang dengan rantai dan dikawal ketat. Saya datang ke balai membuat laporan agar polis menyiasat dan menangkap Alimuddin dan semua samseng upahannya kerana mereka mengingkari Injunksi Mahkamah dan juga arahan Pesuruhjaya Polis Sabah. Laporan ini juga dibuat agar polis menyiasat dan menangkap  Pengerusi Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad, Hajjah Alinah Usman Suing kerana bersubahat dengan Alimuddin melakukan jenayah 'criminal tress-passing', 'Contemp of Court' dan mencuri buah kelapa sawit saya. Sehingga hari ini, lebih kurang 150 tan buah kelapa sawit saya bernilai RM105,000 telah dicuri oleh Alimuddin. Alimuddin juga turut memusnahkan rumah saya dan mencuri barang-barang yang terdapat dalam rumah tersebut yang bernilai lebih kurang RM10,000.

Image

SURAT…. Rajinnya Pesuruhjaya Polis Sabah menulis surat pada hari cuti umum. Hai ada apa-apa ke?

Comments (15)Add Comment
...
written by KotaDamansara73, May 21, 2008 | 20:34:11
Tidak ada bezanya, polis dengan samseng. Oleh kerana, Polis sendiri dizalimi oleh UMNO dan ketua polis, lebih baik mereka berniaga dengan samseng.

Orang Sabahlah yang memilih BN, inilah kerajaan yang kamu memilih. Mana ada harapan lagi untuk orang Sabah.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +42
...
written by Watcheyes1, May 21, 2008 | 21:03:08
ACA and IG...what is your explanation???

Sabahans, you have only one choice...PR!!
report abuse
vote down
vote up
Votes: +35
...
written by oster, May 21, 2008 | 21:24:47
There's only one solution to this: devolve powers of law enforcement to state and local governments.

When New Yorkers become very worried about local crime, they don't need to change the federal government like we do, they just need to vote another mayor, who has considerable control over the local police force, the NYPD.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +8
...
written by IbnAbdHalim, May 21, 2008 | 22:20:44
Yet Sabahans are still fast asleep. Wake up! Wake up! Wake up! Kick UMNO out of Sabah, most of your problems solved. Need time to think? You can take another century but don't complain.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +13
...
written by br_teacher, May 21, 2008 | 23:00:47
dahulunya polis rasuah puas hati dengan duit kopi sahaja, sekarang mereka dah mula membolot dan merampas harta benda. Jadi apa bezanya polis dengan samseng di zaman kerajaan yang penuh rasuah ini.
kita rakyat hanya dapat doakan agar segera ditukar kerajaan dan betulkan semua sistem jentera pentadbiran negara dan pasukan keselamatan.
hidup PR!
report abuse
vote down
vote up
Votes: +12
...
written by uncleleow, May 21, 2008 | 23:23:28
Can any good hearted PM bring this issue up in parliment. Please, malaysian are being bullied by samseng and samseng in uniform. Please bring it up in Parliment and if can call a royal commission to investigate.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +8
...
written by peace, May 21, 2008 | 23:33:57
Where are you wakil rakyat and Sabah CM? The kampung folks voted for you but you guys went missing and never care about them.

Bukan kah PM suruh YBs turun padang atau duduk saja di office? Ini betul2 membuktikan, janji2 manis yang disuarakan kepada rakyat di GE12 yang baru lepas ini semua buat tak tahu.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +9
...
written by JJ Kuyong, May 22, 2008 | 05:17:28
Bukan orang Sabah yang kasih menang BN di Sabah tapi itu PTI dan undi Pos UMNO!, Pemimpin kita dalam BN semuanya tidak boleh harap, apa lagi kita boleh buat sekarang, pemimpin sabah kita sendiri menjadi pengkhianat rakyat sabah. Harap pemimpin2 yang sudah "pukul 6" tu cepat2 jalan supaya dapat diganti dengan pemimpin baru yang lebih sayangkan orang Sabah. Mana itu HUGUAN SIOW?..apa dia buat dengan orang KDM? sekarang dia cium kaki AAB, jadi hamba UMNO dan orang suruhan dan kuli MA, sudah jadi seorang penakut.....dia sudah tiada To.....lou dan patut KDM lucut saja gelaran HUGUAN SIOW itu daripada dia.....bikin malu saja!
report abuse
vote down
vote up
Votes: +7
...
written by pkler, May 22, 2008 | 07:34:48
written by IbnAbdHalim, May 21, 2008 | 22:20:44

Yet Sabahans are still fast asleep. Wake up! Wake up! Wake up! Kick UMNO out of Sabah, most of your problems solved. Need time to think? You can take another century but don't complain


People who make statements like this don't know what they are talking about-corruption and mismanangement among Sabah politicians can be traced back to years prior to UMNO's entry into Sabah. To think most of our problems will be solved if UMNO departs is simplistic, and bordering on the ignorant. We've reached a junction on the road where UMNO and BN and Badawi get blamed for everything under the sun, from rising food prices to global warning and speeding bus drivers. Get a grip on reality-in WWI everyone believed German troops bayonetted Belgian babies; we were told Iraqi soldiers indiscriminately raped Kuwaiti women; we were told Iraq had WMD; we were told many things that turned out untrue.

The first casualty of war is the truth, and maybe we are at war, but this is a awar where I hope truth prevails and is not sidelined to satisfy people's bloodlust for UMNO's destruction. When PR forms govt in Sabah, food prices will remain high and inglation and unemployment and poverty will remain-cheap populism and rhetoric (kick UMNO out and everything will be fine) is cheap propaganda. By all means, let's kick them out, but let's not kid ourselves.

How much time do we need? We voted opposition 1984, 1986. 1990 and 1994. How much longer does west m'sia need? BN's won govt there how many times?
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
...
written by slash n burn, May 22, 2008 | 08:04:51
Reality is the UMNO Melayu civil servant serve in this state is good for nothing but corrupt opportunist. This samseng culture is one good example. The malay corrupt culture should not be brought to this state at the first place. Kick UMNO out of this land. And for PBS, the dead party - dry in ideas, irrelavent but the leadership is getting fat.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +3
...
written by wildboar, May 22, 2008 | 08:46:41
Bodohnya MP dari sabah kalu perkara ini dibiarkan saja berlanjutan,selama ini mereka hebat bersuara kononnya memperjuangkan hak orang Sabah daripada PTI dan anasir luar.Tapi semuanya hanya bunyi drum-drum kosong yang di palu oleh kuncu kuncu AAB dan Umno.Contohnya Saudara Lim KS ingin memyuarakan hal ini di Dewan Rakyat tapi belum ada lagi respon positive daripada MP Sabah yang kononnya berjuang untuk Sabah.Kalau KPD dah masuk kocek samseng samseng ini apatah lagi ahli poilitik kan sebab polis tak akan berani jika tak di lindungi oleh ahli politik .Sekarang ini telah menjadi trend keputusan mahkamah tidak lagi dihormati oleh semua pihak....apakah tidakan AG kita yang berasal dari Sabah akan bertindak ?Bila? Atau memilih untuk berdiam diri .....Pairin ! Huguan Siow kita ini apakah tindakan ahli MP yang lain terutama MP kawasan Kunak..
Kepada semua MP Sabah jangan lah bermimpi lagi.....
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
...
written by grant, May 22, 2008 | 09:50:57
pkler, good point made... ur previous informative comments and someone's elses did hell of a good and brought me to understand better... i guess u need to write an article to educate all these folks abt what is happening or had transpired over the years in Sabah.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
...
written by devious17, May 22, 2008 | 10:01:49
polis diraja malaysia is now known as polis RAJA di malaysia

police = samseng , samseng = police

That is the result for employing school dropouts to enforce the law.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
...
written by macakmy, May 22, 2008 | 15:23:57
"Kini Redzuan ditukarkan ke Semenanjung kerana terlibat dengan beberapa kes melindungi pandatang tanpa izin yang bekerja dikebunnya hasil siasatan Pegawai Perisikan Tentera (MIO)."

It took the military to do it. Should Sabah be put under martial law to clean up this mess?
report abuse
vote down
vote up
Votes: +2
...
written by bodohland_citizen, May 22, 2008 | 17:44:02
Sabah voters are the most stupid assholes in the world...for keeping BN in power
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

MToday Archive

Archive 2007
Archive 2008

URL Ads

World Futures  Russia stationed its soldiers in Ossetia and Abkhazia for peaceful purpose as agreed in the early 1990's. The defeat of Georgia has sent a strong message to the west: Russia is back!

Global Media Channel  A leading alternative media channel with more alternative ways of presenting freedom of speech and real facts that the prime media won't dare publish.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

BulwarkPRO Recovery Card  Recover your PC by a simple reboot. Ease your mind with BulwarkPRO protection.

Wellness Industry Is Booming!  Learn how you too can own a low capital home-based business to generate extra supplemental stream of income by using internet for these challenging economic times. You may earn RM1K up to RM10K a month working only 5-10hrs/week. Full system provided.

Home Based Business  Earn extra income $5000-$10,000 monthly, 24 hours a day. Just working part/full time from the comfort of your home. Legitimate business, have a most powerful product in the world. Register for FREE first to save your position in this powerful system.

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
ReadyCompanies

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM