A+ | A- | Reset
To write comment, please LOGIN at content-page.
Home

ALERT

  • RPK's defamation trial - 2 July, Jln Duta Sessions Court
  • RPK's sedition trial - 17 July, PJ Sessions Court

Raja Petra disiasat kes Najib-Altantuya PDF Print E-mail
Posted by admin   
Saturday, 03 May 2008 10:51

(Harakah) - Polis menyerbu rumah Raja Petra Kamaruddin pagi ini berhubung siasatan mengenai tulisannya yang menyentuh timbalan perdana menteri Dato' Seri Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Menurut laporan Malaysiakini, seramai lapan anggota polis tiba di rumah beliau pada jam 9 pagi tadi dan menyoalnya berhubung tulisan tersebut.

Pasukan tersebut diketuai oleh DSP Victor Sanjos dari bahagian jenayah siber Bukit Aman.

Polis yang berada selama dua jam di rumahnya, turut merampaskan komputer ribanya.

Raja Petra mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Katanya, polis memberitahunya bahawa beliau disiasat bawah Akta Hasutan.

Beliau diarahkan hadir di bahagian jenayah siber pagi esok.

Ketika dihubungi, Victor berkata, laporan terhadap Raja Petra dibuat oleh ketua pegawai penyiasat kes pembunuhan wanita Mongolia itu, Supt Gan Tack Guan.

Dalam laporan Gan itu, tulisan Raja Petra didakwa berunsur hasutan dan sesiapa sahaja yang membacanya, boleh mempercayai apa yang ditulisnya.

Tulisan Raja Petra juga dianggap sebagai komen sebelum penghakiman kes tersebut dibuat.

Kelmarin, Najib berkata beliau tidak pernah mengenali wanita Mongolia itu dan tidak pernah bertemu dengan mangsa terbabit.

"Dakwaan seorang saksi dalam perbicaraan kes Altantuya bahawa konon-kononnya si mati (Altantuya) pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama 'Najib Razak' tidak pernah disahkan, malah kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti.

"Dakwaan kononnya ada gambar si mati dengan (Abdul) Razak (Abdullah Baginda) dan timbalan perdana menteri juga tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak melainkan gambar rekaan yang terbukti palsu," kata Najib, melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha akhbarnya Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Kenyataan akhbar itu diterbitkan Malaysia Today semalam bagi menjawab artikel pengendalinya Raja Petra bertajuk "Let's send Altantuya's murderers to hell" pada 25 April.

Tengku Sariffuddin juga menafikan beberapa dakwaan dalam artikel tersebut, antaranya:

Najib dan isterinya Rosmah Mansor ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya, timbalan perdana menteri pernah menyokong permohonan visa wanita itu, dan rekod imigresen wanita itu telah sengaja dihapuskan.

"Semua kenyataan ini merupakan kenyataan pandang dengar (hearsay) yang tidak pernah dibuktikan, tetapi pihak tuan sewenang-wenangnya menyiarkan kenyataan seperti itu seolah-olah ia (adalah) fakta," katanya.

Menjawab kenyataan ini pada hari yang sama, Raja Petra berkata beliau berasa gembira dan dihormati apabila setiausaha akhbar kepada timbalan perdana menteri sendiri sanggup menulis kepada Malaysia Today.

"Seperti saya nyatakan beberapa kali sebelum ini, satu-satunya jalan menangani media independen ialah berdepan dengannya, bukan mengabaikannya, kerana pengabaian anda boleh memusnahkan anda sendiri," katanya, memulakan reaksi segera dalam artikelnya "My reply to Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad".

Selain mempertikaikan kewibawaan sistem kehakiman negara, khususnya sewaktu perbicaraan Anwar, penulis blog terkenal itu juga menyebut beberapa insiden layanan buruk polis yang didakwanya dialaminya dan juga isterinya.

Artikel awal Raja Petra minggu lepas dimulakan dengan isu menuntut keadilan buat Altantuya sewaktu kunjungan bapa mangsa bunuh itu Shaariibuu Setev ke Kuala Lumpur bagi mendesak perbicaraan kes bunuh anaknya dijalankan dengan adil.

Selain Abdul Razak, seorang penganalisis politik yang dikaitkan dengan Najib, dua anggota polis pasukan berprofil tinggi Unit Tindakan Khas (UTK) di Bukit Aman turut dituduh dalam kes tersebut mulai Jun tahun lepas.

Cif inspektor Azilah Hadri, dan koperal Sirul Azhar Umar didakwa membunuh Altantuya, di lokasi mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 19-20 Oktober 2006.

Abdul Razak, pula didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar di Wilayah Persekutuan sehari sebelum pembunuhan itu.

Pembunuhan Altantuya mula menggegarkan negara apabila penganalisis politik ini dan beberapa anggota polis, termasuk Azilah dan Sirul Azhar, ditahan polis pada 7 November 2006.
Comments (8)Add Comment
...
written by Kotadamansara73, May 03, 2008 12:02:55
Instead of investigating who is the murderer of Altantuya, they going and investigate RPK.

Malaysia UMNO leaders have long way to go. Full fledge democracy, transparency and accountability is still not reachable yet. I think the people have to protest again and again until you get rid of UMNO.
report abuse
disagree 2
agree 13
...
written by Uncorruptible, May 03, 2008 12:56:31
They are so desperate now, they are trying to blame RPK for the Mongolian lady's murder ah ?
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by Msian 2, May 03, 2008 13:02:02
If they can do this to RPK one can imagine what these evil well connected bastards can do to ordinary innocent citizens. Not even a word from the law minister or from any UMNO member. What a shame.
report abuse
disagree 2
agree 7
...
written by kawaputra, May 03, 2008 16:56:00
"Raja Petra disiasat kes Najib-Altantuya"

This article header says it all on what kind of country this is. An uninformed person would be wondering: "wa, who would've thought, raja petra was involved in altantuya murder!". But when they read the whole article they would think: "then why the fark are the police not investigating this Najib person????". Macam circus betul.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by marcusg, May 04, 2008 00:04:06
RPK, looking very regal in 'royalty' yellow...

report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by br_teacher, May 04, 2008 01:17:44
Semua rakyat yang berfikiran waras harus menyokong RPK dan mengutuk tindakan gila pihak polis yang tidak menjalankan amanat rakyat.
Macam saya teringat kes LGE yang membela nasib anak gadis dan nenek tua yang malang yang menjadi mangsa bekas ketua menteri negeri bernama pokok itu. Orang yang mendedahkan kejahatan yang menjadi sasaran dan dihukum.
Syabas RPK...Lega bula nampak u sihat dan tenang! smilies/cheesy.gif smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by mijoan, May 04, 2008 17:16:02
YM RPK,
You are the, "BAPA RAKYAT BANGSA MALAYSIA"

.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by jchew, May 05, 2008 19:39:33
Remind us Lim Guan Eng's case in Melaka!
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Close down the NATO, says the conference statement on the recently concluded and successful International Conference on NATO & Its Policies in ASIA.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM