A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Al-Fatihah: Rustam A. Sani meninggal dunia

Al-Fatihah: Rustam A. Sani meninggal dunia PDF Print E-mail
Posted by admin   
Wednesday, 23 April 2008 09:36


Al-Fatihah.. 11 Ogos 1944 - 23 April 2008

(KLPOS.COM) - PENULIS politik terkenal Rustam A. Sani 63 tahun meninggal dunia di rumahnya sekitar jam 3.00 pagi tadi kerana diserang penyakit jantung.

Orang ramai yang ingin menziarahi Allahyarham boleh hadir ke alamat:

7519 Batu 6 3/4, Bukit Lela, Gombak Selangor Darul Ehsan (Tel: 03-61897588)

Jenazah Allahyarham Rustam dijangka akan dikebumikan lepas Zohor.

Allahyarham merupakan pensyarah bersara, pengarang dan penulis bebas. KLpos.com baru sahaja menyiapkan satu kolum khas untuk tulisan-tulisan beliau di laman ini semalam yang bertajuk 'Karya Merdeka'.

Tulisan terakhir Allahyarham eksklusif untuk pembaca KLpos.com ialah Parti-parti lawan diperalatkan lagi 'demi kepentingan Melayu'?

FotoFotoDua buah buku terbaru hasil penulisan Allahyarham yang bertajuk "Special Roots of the Malay Left" dan "Fail Nation" sepatutnya dirasmikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 April ini di Seminar Hall, Perpustakaan Raja Tun Uda (The Selangor Public Library), Persiaran Bandaraya, Shah Alam.

Rustam A. Sani dianggap antara ‘cendekiawan awam’ yang penting di Malaysia. Beliau merupakan seorang ahli akademik, penulis kolum dan penyair – selain terlibat dalam pelbagai kegiatan politik, sosial dan sastera. Sebagai ahli akademik dan penganalisis, beliau pernah bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan ISIS Malaysia.

Antologi puisinya – Riak-riak Kecil (1977) – diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun 1988/89 beliau telah dianugerahkan ‘Hadiah Sastera Negara’ dalam kategori esei dan kritik sastera. Dalam bidang politik, beliau pernah memegang jawatan Timbalan Presiden, Parti Rakyat Malaysia.

Rustam memperoleh ijazah pertamanya dari Universiti Malaya, dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di University of Reading, University of Kent at Canterbury (UK) dan Yale University (AS). Beliau merupakan seorang penulis yang prolifik, baik dalam bahasa Malaysia maupun Inggeris – dan tulisannya meliputi pelbagai bidang seperti politik, isu-isu sosial, sejarah, budaya, statistik dan sastera. Selain itu, beliau juga telah menghasilkan terjemahan karya-karya sastera dan bukan sastera (dari Inggeris ke bahasa Malaysia dan sebaliknya).

Antara buku-buku karya beliau adalah: Melayu Baru: Beberapa Persoalan Sosio-Budaya (1992); Politik dan Polemik Bahasa Melayu (1993); Melayu Baru dan Bangsa Malaysia: Tradisi Cendekia dan Krisis Budaya (1993); Menjelang Reformasi (2004); Ke Mana Nasionalisme Melayu? (2004); dan Bercanda dengan Mahathir (2006).

Warga kerja KLpos.com mewakili semua pembaca dan sahabat KLpos.com mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Kepada yang beragama Islam marilah kita sedekahkan Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah..

MAKLUMAN PERIBADI

NAMA PENUH
Rustam Abdullah Sani
TARIKH LAHIR
11 Ogos 1944

TEMPAT LAHIR
Ipoh, Perak (Malaysia)

PERSEKOLAHAN

Rendah
Sekolah Kebangsaan Behrang Ulu
Tanjung Malim, Perak
(1951-1963)
Menengah
Methodist English School
Tanjung Malim, Perak
(1956-1963)

Tingkatan Enam
Sekolah Victoria

Kuala Lumpur
(1963-1964)

UNIVERSITI

  1. Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1967-1970): BA (Hons) Pengajian Melayu (1970).
  2. University of Reading, England (1972-1973): Postgraduate Diploma in Sociology (Dip.Soc) (1973).
  3. University of Kent at Canterbury, England (1973-1975): MA in Southeast Asian Studies (1975)
  4. Yale University, New Haven CT, USA (1978-1981): (1) MA in Sociology (1980), (2) M Phil in Political Sociology (1981).
  5. Uppsala University, Uppsala, Sweden (1991): Advanced International Program in Conflict Resolution (Diploma)

BIDANG MINAT

Teori Sosiologi; Teori Sains Politik; Sosiologi Politik; Statistik; Nasionalisme Melayu; Kajian Elit Politik dan Pemodenan; dan Sosiologi Sastera.

PENGALAMAN KERJA

  1. Oxford University Press, Kuala Lumpur: Penolong Editor (1965-1967); Editor (1970-1971).
  2. Universiti Malaya, Kuala Lumpur: (1) Penolong Pendaftar (Akademik dan Rekod) merangkap Setiausaha, Unit Pusat Universiti-Universiti (UPU) (1971-1972); (2) Pensyarah (Pusat Bahasa)(1975-1976).
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi: (1) Pensyarah (Jabatan Antropologi dan Sosiologi) (1976-1988); [Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi) (1984-1986)]; (2) Pensyarah (Jabatan Sains Politik) (1988-1989); (3) Profesor Madya (Jabatan Sains Politik) (1989-1990).
  4. Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia: Fellow Kanan/ Ketua Editor/Pengarah Ekesekutif (Penerbitan) (1990-1995).
  5. Pascabaru (M) Sdn Bhd.: Pengerusi Eksekutif (1995-1997).
  6. Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya: Fellow Kanan (1997-1999).
ANUGERAH DAN BIASISWA

 

  1. Oxford University Press Meritorious Service Award, 1966.
  2. Biasiswa Oxford University Press untuk mengikuti ijazah pertama di Universiti Malaya (1967-1970).
  3. Zamalah Fulbright-Hays untuk pengajian siswazah di Yale University, USA (1978-1981)
  4. Hadiah Sastera Malaysia (Bahagian Esei-Kritik), 1988-99.
PIDATO UMUM
  1. Pidato Umum Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan kepada Kassim Ahmad (Konvokesyen UKM Ke-13, Bangi, 17 Ogos, 1985).
  2. Anwar Ibrahim: Tokoh Pembaca. Pidato Umum Majlis Penganugerahan Gelar ‘Tokoh Pembaca’ kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Majlis Buku Kebangsaan
PENERBITAN [Senarai Ringkas Pilihan]
  • The Origins of the Malay Left: An Analysis of the Social Roots (MA Thesis, University of Kent at Canterbury), 1975.
  • Education and Malay Political Elites in the Thirties. Jurnal Pendidikan (UKM), Bil. 5, April, 1977.
  • Malaya Pada Tahun-tahun Tiga Puluhan: Latarbelakang Sosial Bagi Permulaan Perkembangan Politik Malaysia. Jurnal Antropologi dan Sosiologi, Jld. 6, Hlm. 18-29. 1978.
  • Pembentukan Elit Politik Melayu (Kertas Kerja Untuk Persidangan Pelajar-pelajar Malaysia Amerika Utara), SUNY Binghampton, 18 Disember 1980.
  • Kesatuan Melayu Muda as the Organisational Origins of the Malay Left. Nusantara, Bil 9, June, 1982.
  • Kepimpinan dalam Perkembangan Politik Melayu Awal: Aspek Sosial. Dlm. DBP (ed.), Isu-isu Ekonomi, Sosial dan Politik Malaysia, Kuala Lumpur, 1983.
  • Robohan Nasionalisme Melayu: Asas Sosial Bagi Terbentuknya Ideologi Perpaduan Nasional. Ilmu Masyarakat, Bil. 4, Hlm. 9-15, 1983.
  • Melayu Raya as a Malay Nation of Intent. Dlm. Dahlan, H. M. (ed.), The Nascent Malaysian Society (Second Edition), Bangi, 1986.
  • Malay Identity in Islam (Book Review of Chandra Muzaffar, Islamic Resurgence in Malaysia), Far Eastern Economic Review, 23 April, 1987.
  • The Malay Ruling Elite in the Post-colonial State of Malaysia. Solidarity (The Phillipines), No. 144, September-October, 1987.
  • The Role of Translation in Creating a Modern Intellectual Tradition: Some Thoughts on the Malaysian Case. Tenggara, Bil. 21/22, 1988.
  • Tradisi Intelektual Melayu dan Pembentukan Bangsa Malaysia. Dlm. Ahmat Adam, et al (eds.) Intelektualisme Melayu: Satu Polemik, Bangi, 1990.
  • National Policies: Their Implications on the Preservation of Heritage. Dlm. Raja Fuziah Tun Uda (ed.), The Changing World: Our Heritage and Our Future (Second Edition), Kuala Lumpur, 1991.
  • Conflict Theory and Peace Research: Some Reflections. Dlm Goran Lindgrom, Kjell-Ake Norquist and Peter Wallenstein (eds.), Peace Process in the Third World, Uppsala University, Sweden, 1991.
  • The Social Sciences in Malaysia: A Critical Scenario. (With Norani Othman). Akademika, Bil. 38, Januari 1991.
  • Projek 2020: Melewati Dimensi Ekonomi. Negarawan, Bil. 21, 1991.
  • Politik dan Pembentukan Bangsa di Malaysia: Realiti dan Visi. Ilmu Masyarakat, Bil. 20, Julai-September, 1992.
  • Ke Arah Pembentukan Satu Bangsa Malaysia. Dlm. Hairany Naffis (ed.), Politik Malaysia Dekad 1990an, Bangi, 1992.
  • Badan-badan Bahasa dan Sastera Melayu: Satu Perspektif Sosiopolitik. Dlm. S. Othman Kelantan (ed.), Seratus Tahun Pergerakan Bahasa dan Sastera Melayu 1888-1988, Kuala Lumpur, 1992.
  • Melayu Baru: Beberapa Persoalan Sosio-Budaya, ISIS Malaysia, Kuala Lumpur, 1992.
  • Politik dan Polemik Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, 1993.
  • Melayu Baru dan Bangsa Malaysia: Tradisi Cendekia dan Krisis Budaya, Kuala Lumpur, 1993.
  • Ke Arah Mewujudkan Suasana Politik Yang Merangsang Pencapaian Matalamat Wawasan 2020. Dlm. Kamaruddin Jaafar dan Hazami Habib (eds.), Wawasan 2020, Kuala Lumpur, 1993.
  • Phoenix-like, A New Kind of Malay Arises. ISEAS Trends (Singapore), March, 1993.
  • The Emergence of Melayu Baru. Business Times (Singapore), 30 June, 1993.
  • Perceiving ‘National Security’ (Australian-Asian Perceptions Project Working Paper Number 5, edited by Anthony Milner) (Ditulis bersama sekumpulan para sarjana dari ANU dan Universiti Tokyo), Academy of Social Sciences in Australia, April 1994.
  • Globalisasi, Krisis Ekonomi dan Politik 1998. Dlm. Norani Othman dan Sumit Mandal (eds.), Malaysia Menangani Globalisasi: Pesereta atau Mangsa?, Bangi, 2000.
  • Malaysia’s Economic and Political Crisis Since September 1998. Dlm. Jomo K. S. (ed.), Reinventing Malaysia: Reflections on its Past and Future, Bangi, 2001.
  • Menjelang Reformasi, Kuala Lumpur, 2004.
  • Ke Mana Nasionalisme Melayu?, Kuala Lumpur, 2004.
  • Bercanda dengan Mahathir, Kuala Lumpur, 2006.

PENULISAN KOLUM TETAP

Pernah menjadi penulis kolum tetap untuk akhbar dan majalah berikut: Dewan Masyarakat, Utusan Malaysia, New Straits Times, The Edge, Detik, Harakah, Suara PRM, Siasah, Suara Keadilan, Nanyang Siang Pau (Cina), Oriental Daily (Cina).

Comments (19)Add Comment
...
written by tano, April 23, 2008 09:50:30
al_fatihah. a good moderator and 'teacher'. to be missed by all
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by Debbie, April 23, 2008 10:07:34
may his soul rest in peace. Amen.
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by cruzeiro, April 23, 2008 11:02:14
I'm shocked!
He was a beacon of light for all Malaysians.
My deepest condolences to the bereaved family.
May his soul Rest in Peace.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by karpi77, April 23, 2008 11:33:37
satu kehilangan besar untuk malaysia,apapun sumbangan besar beliau adalah satu nilai yang berharga untuk rakyat malaysia.semoga rohnya dicucuri rahmat. Amien.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by omarkhayyam, April 23, 2008 11:34:43
may god his soul and lets observe a minutes silence in memory of those who contributed towards nation building

report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by Mike lawood, April 23, 2008 11:57:28
Takziah to the family of Rustam A. Sani.
Wish is another Rustam from M'cca.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by mezan, April 23, 2008 12:33:52
al fatihah. May God bless his soul...
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by ibabonma, April 23, 2008 13:01:37
Kenapa tidak disebut bahawa bapanya ialah Sdr Ahmad Boestamam, Ketua Umum API (Angkatan Pemuda Insaf) yang menentang British untuk mendapatkan kemerdakaan Malaya. Beliau juga pernah menubuhkan dan menjadi pengerusi Partai Rakyat, Partai Marhaen dan Front Socialis. Al-fatihah untuk kedua-dua mereka.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Baiti, April 23, 2008 13:13:46
Al-fatihah; semoga roh Allahyarham dihimpunkan bersama roh mereka yang beriman
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by slash n burn, April 23, 2008 13:41:55
Takziah to the family, may his soul rest in peace.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by zul4kulim, April 23, 2008 14:24:49
Al fatihah for a great intellectual!
http://1426.blogspot.com/2008/04/rustam-sani.html
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Sagaladoola, April 23, 2008 14:25:44
Rustam Sani's blog .... http://suara-rustam.blogspot.com/

Malaysian bloggers lost one of their best. Condolences ....
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by orangmsia, April 23, 2008 14:29:40
Shocked to hear the news. RIP En. Rustam Sani
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by SUV, April 23, 2008 15:26:59
smilies/sad.gif smilies/sad.gif smilies/sad.gif...he 2 is gone...
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Bluechip, April 23, 2008 15:33:04
Al-Fatihah and tribute to the champion of peoples voice cum intelectual.
With Allah willing, may the Allahyarham rest in peace....Ameen
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by borneopeteliew, April 23, 2008 15:54:13
Takziah to the family, may his soul rest in peace. My friend of 10 years.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by prof, April 23, 2008 16:18:13
Al-Fatihah kepada seorang teman dan rakan semasa sama2 mengajar di UKM dahulu semoga rohnya dihumpunkan ALlah bersama2 mereka yang beriman, beramal soleh dan berani mengak kebenaran. Takziah kepada keluarga beliau.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by roy, April 23, 2008 21:16:06
Al Fatihah buat Allayarham....
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by rahzabob, April 25, 2008 10:57:33
Al Fatihah. Though from the later period as my dad, he schooled the same primary and secondary school as my dad. And then at my school, VI. Takziah buat keluarga.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Close down the NATO, says the conference statement on the recently concluded and successful International Conference on NATO & Its Policies in ASIA.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM