A+ | A- | Reset
Home arrow Dari Jelebu arrow Dolah dan Gorby – Perestroika dan Glasnot

Dolah dan Gorby – Perestroika dan Glasnot PDF Print E-mail
Posted by Raja Petra   
Monday, 31 March 2008 09:20

Image

Pada bulan April 2008 ini ahli-ahli United Malay National Organisations sedang melihat bagaimana kuasa politik dan kuasa ekonomi (baca: rasuah) mereka yang selama  50 tahun ini dianggap harta  turun temurun pusaka  datuk nenek moyang mereka terlucut.

Hishamuddin Rais 

Bila para ahli sejarah yang bukan dari acuan Khoo Kay Kim melihat kembali peranan  Abdullah Badawi maka tidak dapat tidak susuk yang dipanggil Abdullah Badawi ini  akan di samakan dengan Mikhail Sergeyevich Gorbachev bekas Presiden Soviet Union.

Mikhail Gorbachev lebih manja di panggil dengan nama Gorby. Ini sama juga dengan Abdullah Badawi yang memiliki nama  pop  Pak Lah yang amat di senangi oleh Abdullah Badawi sendiri.

Perestroika dan glasnost pada asasnya adalah dasar penstrukturan baru dan dasar keterbukaan yang di ajukan oleh Gorby kepada rakyat USSR.  Gorby bertanggung jawab membuka ruang demokrasi  dengan memperkenalkan glasnot pada tahun 1988.

Revolusi Bloshevik yang dipimpin oleh Lenin pada tahun 1917 telah merudum dan merosot. Hukum-hukum sejarah dan hukum-hukum sosial  telah mengklencongkan cita-cita suci revolusi pertama kaum buruh dan tani Rusia. Selama 70 falsafah dan ideologi komunisme telah menjadi lucah. Kaum komunis dan kader komunis  di USSR dan di Blok Timur telah menjadi aparachik dan birokrat  daulah. Aparachik ini  begitu berat untuk dipikul  dan menjadi satu beban negara. Rasuah, penyelewengan dan penyalah gunaan kuasa menjadi budaya harian.

Semua ini tidak jauh bezanya dari apa yang terjadi kepada United Malay National Organisations. Parti yang didukung dan di sokong  oleh kolonial British ini selama lima puluh tahun telah  menjadi begitu merosot sekali. Kalau di USSR parti yang di pimpin  oleh Gorby sekurang-kurangnya  cuba  bersandar dengan  teori dan falsafah Marxisma dan Leninisma.

Bayangkan betapa merosotnya United Malay National Organisations yang tidak memiliki apa-apa ideologi atau garis politik yang tepat. Beberapa ketika parti ini  mengakui menjadi parti nasionalis. Tiga empat  hari kemudian menjadi globalist dan sebulan kemudian menjadi parti  Islam  pula. Kemudian menjadi parti Melayulist kembali. Parti ini semakin  tidak tentu hala tujuan.

Pada bulan April 2008 ini ahli-ahli United Malay National Organisations sedang melihat bagaimana kuasa politik dan kuasa ekonomi ( baca: rasuah ) mereka yang selama  50 tahun ini dianggap harta  turun temurun pusaka  datuk nenek moyang mereka terlucut.

Hasilnya suara-suara menuntut Abdullah Badawi meletakkan jawatan semakin lantang kedengaran. Suara-suara siapakah ini ?

Suara pertama ialah suara ‘contract jungkies’ – pemadat kontrak – yang merasakan diri mereka pasti kehilangan ‘peluang perniagaan’. Selama ini ‘perniagaan’ mereka  bukan berasaskan ilmu  atau kecekapan mereka berniaga  tetapi kerana mereka taat setia membodek  ‘orang-orang’ tertentu di dalam struktur pucuk pimpinan United Malay National Organisations. Mereka sedar apabila  tuan-tuan yang mereka bodek  hilang kuasa maka mereka  TIDAK memiliki kemampuan untuk melakukan persaingan perniagaan. Atau tahu bekerja untuk mencari makan dengan titik peluh sendiri. Mereka pasti akan mati  tegak.  Suara  merekalah yang lantang  menuntut Abdullah Badawi meletakan jawatan.

Suara-suara juga kedengaran dari bekas-bekas YB  United Malay National Organisations yang kalah. Mereka gagal untuk  menilai taraf fikrah mereka. Mereka tidak berkeupayaan  untuk melihat diri sendiri. Mereka tidak pernah mencermini diri. Mereka hanya tahu   menyalahkan orang lain. Orang lain ini ialah susuk Abdullah Badawi.

Dalam budaya United Malay National Organisations tanpa  memiliki  kerusi YB maka tidak mungkin mereka atau penyokong mereka mendapat  kontrak.  Tanpa kontrak maka bekas-bekas YB ini akan menjadi bangkai bernyawa. Di kawasan-kawasan mereka yang pada satu ketika dahulu mereka menggunung dengan kuasa kini mereka  menjadi tunggul -   pergi tersepak pulang terlanggar. Susuk-susuk yang kalah ini menyalahkan  Abdullah Badawi sebagai sebab utama kekalahan mereka. Lalu mereka juga bersuara menuntut agar Abdullah meletak jawatan.

Ada lagi satu lagi kumpulan agak kecil tetapi  memiliki kuasa yang besar kerana mereka  berselindung dan berpayung dalam struktur parti. Dengan kuasa yang dimiliki  banyak kerenah  jahat dan rompak samun mereka  dapat di tutup dari pengadilan  Hutang piutang mereka tidak dipungut. Pinjaman dari bank tanpa diselidiki.  Banyak tanah-tanah milik orang ramai dirompak dan dijarah.  Mereka ada kepala semua komisen agen yang mengambil peratus dari apa sahaja projek negara yang diluluskan.

Contoh yang jelas ialah kes  Nazri Aziz dengan 600 permit teksi. Rafidah Aziz dengan agihan AP kepada kaum kerabat, kekasih dan suami.  Khir Toyo menjawakan   ratusan ekar tanah   di Selangor. Khir Toyo juga menjawakan syarikat air Selangor.  Kes yang paling menonjol ialah  keterlibatan Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya. Justeru  susuk-susuk bentuk ini tidak dapat tidak akan terus  ingin  berkuasa. Tanpa kuasa  ke semua mereka berkemungkinan  di heret ke mahkamah. Mereka juga mahukan Abdullah pergi.

Satu lagi kumpulan yang suara mereka kedengaran sayu-sayu. Mereka ini adalah kumpulan polong tidak bertuan.  Biasanya mereka juga  adalah komisen agen. Tukang cari  projek yang  kemudian bertanggung jawab  mengenalkan  para YB ini dengan towkay Cina itu.  Polong-polong ini sedang  lari larau kerana banyak tuan mereka telah tidak bertelur lagi.

Kesemua kumpulan ini ada yang secara terbuka, ada secara berbisik-bisik ke hulu ke hilir menuntut Abdullah Badawi meletak jawatan.  Ada pula dengan yang secara senyap-senyap mengarahkan orang lain untuk bersuara. Dalam bacaan politik mereka , banyak kerusi YB United Malay National Organisations lupus kerana susuk Abdullah Badawi.

Ini sebenarnya TIDAK betul.

Kalau kita melihat Gorbachev dan USSR maka kita akan faham kenapa Gorby membawa perestroika dan glasnot.  Sebelum Gorby  mengambil alih, selama  18 tahun USSR  telah  dipimpin oleh Leonid Ilyich Brezhnev. Satu masa yang begitu lama sekali. Apa kena mengena  Brezhnev dengan Abdullah Badawi?

Jawabnya sama. Sebelum Abdullah Badawi mengambil alih pimpinan United Malay National Organisations, parti ini di kepalai oleh  Mahathir Muhamad atau lebih di kenali dengan nama Mahafiraun. Tidak jauh bezanya 18 tahun  era Breshnev dan  22 tahun era Mahafiraun yang autokratik.

Penolakan rakyat terhadap United Malay National Organisations pada pilihan raya 2008 bukan disebabkan 4 tahun pentadbiran Abdullah Badawi. Busuknya United Malay National Organisations bukan bermula dengan Abdullah Badawi. Penolakan itu adalah hasil lebih dari 22 tahun budaya yang telah ditanamkan oleh Mahafiraun ke dalam tubuh badan United Malay National Organisations.

Seperti Gorby, Abdullah Badawi merasakan telah sampai masanya ruang demokrasi dibuka dan satu penstrukturan baru wajib dilakukan.  Abdullah sedang melihat jalan buntu di hadapan Putrajaya. Apa yang sedang kita lihat hari ini adalah hasil empat tahun  dasar perestroika dan glasnot Abdullah Badawi.

Memang betul rasuah masih berleluasa. Memang betul Abdullah belum membebaskan dirinya dari kronisme kaum keluarga. Memang betul banyak lembaga-lembaga daulah masih berselirat dengan aparachik dan birokrasi yang menghabiskan beras. Memang betul media masih belum bebas. Memang betul banyak dasar sorong tarik sedang berlaku.

Tetapi suara-suara yang menuntut Abdullah Badawi mengundur diri TIDAK PERNAH menyebut, mengusik atau menilai ruang demokrasi yang dibuka oleh Abdullah Badawi. Seperti di USSR  pada zaman Gorby mereka bernostalgia dengan sistem kuku besi yang  hanya bertugas untuk melarang. Itu dilarang ini dilarang. Ini tidak boleh dan itu tidak boleh.

Mereka yang menuntut Abdullah mengundur  bernostalgia dengan Mahafiraun yang autokratik . Mahafiraun yang membuat keputusan tanpa perbincangan. Mahafiraun yang ditakuti. Mahafiraun yang beraja di mata dan bersinggahsana di Petronas.

Ahli-ahli parti United Malay National Organisations keran begitu lama di bawah cengkaman Mahafiraun menjadikan akal fikrah mereka  bonsai. Ruang demokrasi yang terbuka hari ini menakutkan mereka. Mereka tidak memiliki keupayaan untuk belayar bebas dalam ruang demokrasi.

Inilah dilema manusia yang tidak pernah merasa bebas. Dengan  tiba-tiba berhadapan dengan kebebasan. Mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk mendapat manfaat dari kebebasan.  Begitu lama fikrah mereka di penjara.  Begitu lama mereka tidak menggunakan akal fikiran untuk hidup. Apa yang mereka tahu hanya menerima arahan. Dengan hanya  menurut arahan otak mereka tidak  lagi berkeupayaan untuk berdebat mencari salah benar. Mereka tidak lagi memiliki fikrah yang kritikal. Otak mereka telah begitu lama terbengkalai. Mereka terus bermimpi siang dan malam untuk menjemput Mahafiraun.

Glasnot dan perestroika  yang di bawa oleh Abdullah Badawi  hanyalah permulaan. Seperti glasnot dan perestroika di USSR kita semua akan berhadapan dengan pilihan. Membuat pilihan memerlukan fikrah. Membuat  pilihan  memerlukan tanggung jawab. Ahli-ahli parti United Malay National Organisations juga perlu membuat pilihan.

Ahli-ahli United Malay National Organisations boleh mengundurkan Abdullah Badawi dan kembali kepada era Najib klon Mahafiraun. Jika ini pilihan mereka maka kita semua  akan kembali ke zaman. Zaman gelap di mana pucuk pimpinan negara kita ini  terlibat dalam kes pembunuhan. Memilih Tengku Razali bermakna  memilih agenda pencen ketuanan Melayu dan perpaduan Melayu

Saya yakin rakyat akan mempertahankan glasnot dan perestroika untuk memunculkan Vladimir Putin dengan parti barunya. Pilihan rakyat ini akan membuka era pencerahan di Malaysia.

Comments (10)Add Comment
...
written by Raja Gasper, March 31, 2008 | 10:12:44
Apabila kita menanam kebaikan,kita pasti akan menenuai kebaikan,itu adalah hukum
alam semulajadi,iaitu firmanNya.Tuhan pasti akan memperlihatkan segala sesuatu
dan membalasnya apabila cukup sampai masaNya.Tidak siapapun boleh lari daripada
hukuman pada hari penghakimanNya.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +14
...
written by Tornado, March 31, 2008 | 13:42:21
Komrad Sham,

Bagaimana jika kita jelmakan Hugo Chavez ataupun Ayatollah Khomeini jika Putin yang di cadang gagal. Yang di perlukan sekarang bukan sahaja membebaskan komuniti dari lingkaran ular ciptaan Mahafiraun mahupun UMNO, tetapi juga jelmakan ular ini kembali menjadi Naga yang tunduk kepada kehendak sosial.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +7
...
written by fromamovingtrain, April 01, 2008 | 11:29:26
Kenapa saya tidak terperanjat anda menulis berperisa begini? Mesej yang hendak disampaikan adalah wajar dan sahih, tapi ramuan2 dan perisanya jelas menunjukkan kecenderungan anda.

>>Kalau di USSR parti yang di pimpin oleh Gorby sekurang-kurangnya cuba bersandar dengan teori dan falsafah Marxisma dan Leninisma.
report abuse
vote down
vote up
Votes: -4
...
written by alan cheong, April 01, 2008 | 11:51:14
aye, SNOT it is and has always been where umno/bn and the leaders of this country is concerned.

always SNOT but never glasnost ... mana pernah ada?

ISA ada.
Police brutality, incompetency, corruption, kughang hajau etc selalu ada.
Barua umno/bn semua selalu ada.
Kerajaan negeri dan tempatan nan malas, corrupt, kughang hajau, etc wujud seperti barah, nanah dan najis. Teladan yang paling ketara ialah pemusnahan document kerajaan negeri dek si toyol dan jembalang-jembalangnya.

glasnost? TAK PERNAH !
report abuse
vote down
vote up
Votes: +7
...
written by truegrid, April 02, 2008 | 12:58:43
bro, the analogy is brave but does not quite work. Mahathir may be like Brezhnev but Abdullah is no Gorby. Abdullah is not even the red patch on Gorby's head. And if Anwar turns out to be the new Putin, that's exactly what people fear. Another dictator. You seem to be saying we should KEEP the stupidest prime minister in Southeast Asian history rather than go back to Mahafiraun, but that could not happen, frightening as it sounds. The old man is mortal. Najib is covered in sores and has now been pushed away even by the the mahafiraun. The party is wounded. Whatever happens now, UMNO and BN will have to change (become multiracial, more democratic) or be swept away. They need to elect the leader who can lead them through this change. It's too late for Mahathirism to return via Najib. The greater danger is the "Putin" you talk about.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +5
...
written by toolan, April 05, 2008 | 03:22:32
Your claim that Abdullah is responsible for liberalising democratic space is ridiculous. What about the clamp downs directed by him on the rallies before the elections.

If you are trying to salvage whatever credibilities for him, forget it. You will only do yourself more harm.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
...
written by sydput, April 06, 2008 | 22:53:43
You forgot about habibie, indonesia, without which, there would be no democracy in indonesia. Suharto did not forgive habibie for giving freedom to his people,and did not wish to see him before expiring.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +4
...
written by Bigjoe99, April 08, 2008 | 09:07:47
Well, the parallel has some truth but we have no Boris Yeltsin in the bench.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +3
...
written by Sean E, April 09, 2008 | 13:01:04
Like B.J. Habibie and Mikhail Gorbachev , Pak Lah is the catalyst to change and usher in a new era for Malaysia.

He will be the last of the PM from UMNO Baru.

It will be many many years before a PM from UMNO Baru Baru emerge again.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +5
...
written by non partisan, April 10, 2008 | 03:08:57
its amusing to see how many idiot doesnt realise the fact that if mahathir is still in power there'll be no bersih, no hindraf, no simple majority.. he'll just send everyone who oppose him to ISA.. lawak lah korang, blinded by anger n hatred.. hahah!! people power?? apa tuh?? never heard that during the grand old man's era..
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

MToday Archive

Archive 2007
Archive 2008

URL Ads

World Futures  Russia stationed its soldiers in Ossetia and Abkhazia for peaceful purpose as agreed in the early 1990's. The defeat of Georgia has sent a strong message to the west: Russia is back!

Global Media Channel  A leading alternative media channel with more alternative ways of presenting freedom of speech and real facts that the prime media won't dare publish.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

BulwarkPRO Recovery Card  Recover your PC by a simple reboot. Ease your mind with BulwarkPRO protection.

Wellness Industry Is Booming!  Learn how you too can own a low capital home-based business to generate extra supplemental stream of income by using internet for these challenging economic times. You may earn RM1K up to RM10K a month working only 5-10hrs/week. Full system provided.

Home Based Business  Earn extra income $5000-$10,000 monthly, 24 hours a day. Just working part/full time from the comfort of your home. Legitimate business, have a most powerful product in the world. Register for FREE first to save your position in this powerful system.