A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Rakyat Selangor dapat 20 meter padu air percuma mulai April

Rakyat Selangor dapat 20 meter padu air percuma mulai April PDF Print E-mail
Monday, 17 March 2008 07:23

Oleh Arshad Khan

KUALA LUMPUR 16 Mac – Rakyat Selangor akan menikmati bekalan air secara percuma sehingga 20 meter padu sebulan bermula April ini.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi tujuan itu, pihaknya akan menilai semula perjanjian antara kerajaan negeri sebelum ini, dengan Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

‘‘Perkara-perkara yang terkandung dalam perjanjian ini akan digunakan untuk membekalkan 20 meter padu air secara percuma.

‘‘Kita menjangkakan pembekalan air percuma itu akan dilaksanakan dua minggu selepas Exco kerajaan negeri dilantik dan kita perlu bincang dalam mesyuarat Exco,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran meraikan kemenangannya di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Syabas ketika dihubungi berkata, 20 meter padu penggunaan air pada peringkat kegunaan rumah tangga atau domestik menyamai nilai RM11.40.

Di Selangor terdapat hampir 1 juta pengguna domestik. Ia menjadikan nilai bulanan bagi 20 meter padu yang dikecualikan itu mencecah nilai keseluruhan berjumlah hampir RM11.4 juta.

Menurut Khalid, pembentukan majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Selangor akan dibuat pada Sabtu depan.

Beliau berkata, mengikut perancangan, perkara berhubung pembekalan air percuma itu akan dibincang dalam mesyuarat Exco sebelum ia diluluskan.

Bekalan air percuma untuk 20 meter padu yang pertama merupakan sebahagian daripada janji manifesto pilihan raya yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12.

Kerajaan negeri Selangor kini merupakan kerajaan campuran yang diterajui oleh PKR setelah parti itu memenangi kerusi terbanyak di negeri berkenaan bersama DAP dan Pas.

Comments (22)Add Comment
...
written by kamal, March 17, 2008 07:28:37
Syabas to the New Opposition State government.

Rakyat Selangor must be proud of them.

Read my blog KAMAL-TALKS http://kamal-talksmalaysia.blogspot.com
report abuse
disagree 0
agree 52
...
written by johanssm, March 17, 2008 07:35:15
This is an unexpected good news.And we appreciates it .
Hope that when it means "SELANGOR" it covers KL as well?
11 ringgit might look small, but if calculated for 12 months it is a saving of rupiah malaysia 136.80 !

Thank you.
report abuse
disagree 0
agree 52
...
written by mimag2005, March 17, 2008 07:48:53

What a great way to welcome a new dawn.

Thank you YB MB

......
report abuse
disagree 1
agree 36
...
written by teohchye, March 17, 2008 08:03:16
Congrats to the new Selangor State Government! This is a small but an immensely meaningful gesture by BA. May I suggest a graduated scale of tariff to penalise wasteful usage of this precious resource. Heavy domestic users of water should be charged more so as to discourage wastage.
report abuse
disagree 0
agree 36
...
written by karyeowl, March 17, 2008 08:26:04

Syabas to the new Govt of Selangor. This is a good news to the rakyat of Selangor, but by all means, please do not abuse/waste as water is a precious natural resources.

Next, I suggest to look into reducing the "muddy" water supplied by SYABAS.

report abuse
disagree 0
agree 20
...
written by aiyomanaboleh, March 17, 2008 08:55:40
This is good news for domestic users.

Syabas is very harsh to domestic users in they "potong" your water even though your bill is less than RM100/-. They will then charge you a reconnection fee of I think RM50/-, which is the same as commercial users owing them thousands.
report abuse
disagree 1
agree 12
...
written by raven1958, March 17, 2008 09:05:36
Next..electricity (get the IPP Bastards out if they dont review the lop sided agreements, petrol (watch out PETRONAS) and food. Then please look into transport urgently!!!
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by The dragonheart, March 17, 2008 10:02:14
Saya rasa Kerajaan negeri mesti cari jalan untuk menamatkan kontrak penapisan dan pembekalan air yang di beri kepada Puncak Niaga. Puncak Niaga membuat untung berganda2 dari bahan mentah yang di beri percuma oleh Tuhan... Nilai air yang dia jual macam nak jual air di padang pasir...
report abuse
disagree 1
agree 16
...
written by myke, March 17, 2008 10:50:02
I'm willing to contribute my now-free water bills to the BR's justice course.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by raj kiran, March 17, 2008 11:15:40
weldone to selangor new gorverment,
so when going to remove tol.
please keep your promices before election.
report abuse
disagree 11
agree 8
...
written by future, March 17, 2008 11:54:18
This mean a lot to the lower income groups.

Thank You Barisan Rakyat.
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by budakindia, March 17, 2008 12:42:19
wah jelesnya! smilies/cheesy.gif kita orang kena tunggu pilihanraya seterusnya lah nampaknya! smilies/grin.gif smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Umar Rentaka, March 17, 2008 12:47:36
20 meter padu of ayer, Tan Sri. Bukan ayer umpur. Ok va?
report abuse
disagree 2
agree 3
...
written by Kcc, March 17, 2008 13:19:10
Well, this is indeed good news to Selangor people. Great job, MB

p/s: Hope the govt has done its math before they implement something smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by shamsulnizam, March 17, 2008 13:35:01
Nak toll free kene tukar government, kalau kat selangor jer tak cukup.... So next election, pastikan org sabah, sarawak dan johor.... tolong sokong Barisan Rakyat
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Richard Lo, March 17, 2008 14:01:00
agree with teohchye.

Though it is a good gesture but i believe the new state government must at the long term implication of such action. Water is a scare resources in the country and we should be encouraging conservation and not wastefulness. We should all be thinking of our future generations no just our current generation.
report abuse
disagree 2
agree 2
...
written by Rozlan, March 17, 2008 15:12:37
I hope DAP of Penang will reduce the ferry and Penang Bridge toll rate..
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by MatAwang, March 17, 2008 15:15:22
Mohon Tan Sri tengok tengok kan PBT di sekitar Selangor D.E. seperti MPAJ,MPS dsb. Kalau boleh tolong ada kan pilihan raya untuk melantik anggota pihak berkuasa tempatan.

Puak puak ni lah yang menjadi salah satu punca ketidak puasan hati rakyat setempat. Contoh nya kawasan sekitar Ampang, Bukit Antarabangsa dan Gombak. Bukit di gondol dan ditarah semau nya. Pembangunan tidak di rancang. Pantang ada ada tanah kosong apa saja projek akan diluluskan tanpa mengambil kira tentang kualiti hidup mereka yang tinggal di sekitar kawasan yang terlibat. Bila banjir dan tanah runtoh berlaku masing masing pihak enggan bertanggung jawab.

Rumah setinggan di robohkan tanpa sebarang budi bicara dan pendekatan kemanusiaan.
Cukai pintu, bayaran kompaun dan caj letak kereta perlulah disemak semula. Apa ke jadah rumah flat 1 bilek di Keramat AU2 pun cukai pintu nya dekat RM200 setahun dan ini belum termasuk bil penyelenggaraan.

Ini merupakan antara sebab para pengundi beralih memilih BA untuk memerintah. Harap Tan Sri tidak akan mengecewakan mereka ini.



report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by bodohland_citizen, March 17, 2008 17:16:28
That's RM 11.4 mil been pocketed by the BN on monthly basis. Wonder how much profit they made robbing ordinary people.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by mikebravo, March 17, 2008 20:31:21
Baru lah tradisi membela rakyat..... Selama ini AMENO membelasah Rakyat.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by angfaulith, March 19, 2008 00:09:25
terimakasih atas sokongan dap dan pkr kepada pas. tolonglah belajar cara cara administrasi berdasarkan prinsip prinsip islam drp pengalaman kami di kelantan...
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Ben, March 20, 2008 12:40:39
Itu dia janji dikotakan! Syabas, semoga kerajaan BR lebih lagi prihatin terhadap susah pahit Rakyat jelata. Kami berdoa Tuhan akan berkati segala rancangan baik kerajaan yang prihatin ini.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Close down the NATO, says the conference statement on the recently concluded and successful International Conference on NATO & Its Policies in ASIA.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM