A+ | A- | Reset
Home arrow Berita & Komentar arrow Jumlah pemilih berdaftar kini 10.8 juta orang

Jumlah pemilih berdaftar kini 10.8 juta orang PDF Print E-mail
Posted by Raja Petra   
Friday, 28 December 2007 10:38

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memperakui Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Ketiga 2007 bagi tempoh 1 Julai hingga 30 September lepas bagi empat bahagian pilihan raya yang telah selesai urusan bantahan melibatkan 11,118 orang pemilih.

Menurut kenyataan SPR hari ini, DPT Suku Tahun Ketiga itu diwartakan hari ini dan jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara setelah dicantumkan dengan Daftar Pemilih Induk Tahun 2006, DPT Suku Pertama 2007, DPT Suku Kedua 2007, DPT Suku Tahun Ketiga 2007 adalah sebanyak 10,820,650 orang.

"Di dalam DPT tersebut, terdapat 21 bahagian pilihan raya terlibat dengan bantahan yang melibatkan 39,868 pemilih dan empat bahagian pilihan raya telahpun selesai dibuat siasatan awam.

"Ia melibatkan 11,118 orang pemilih iaitu 7,745 pemilih baru dan 3,373 pemilih bertukar alamat. Empat bahagian pilihan raya itu ialah P.037 Marang di negeri Terengganu, P.085 Pekan dan P.091 Rompin di Pahang dan P.093 Sg Besar di Selangor," kata kenyataan itu lagi.

Manakala baki sebanyak 17 bahagian pilihan raya yang terlibat dengan bantahan yang melibatkan 28,750 orang pemilih tidak dapat disahkan kerana masih dalam siasatan awam dan akan dibawa ke Suku Tahun Keempat 2007 untuk tujuan pengesahan.

Bahagianbahagian pilihan raya itu ialah P.019 Tumpat, P.020 Pengkalan Chepa, P.021 Kota Bharu, P.022 Pasir Mas, P.023 Rantau Panjang, P.024 Kubang Kerian, P.025 Bachok, P.026 Ketereh, P.027 Tanah Merah, P.028 Pasir Puteh, P.029 Machang, P.030 Jeli dan P.031 Kuala Krai bagi negeri Kelantan.

Bagi negeri Terengganu pula, bahagian-bahagian pilihan raya yang terlibat ialah P.035 Kuala Nerus, P.036 Kuala Terengganu dan P.039 Dungun manakala di Pahang, hanya satu bahagian pilihan raya iaitu P.090 Bera yang terlibat dengan siasatan awam.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara itu bolehlah menghubungi Ibu Pejabat SPR di talian 03-8885 6500 atau manamana pejabat Pilihan Raya Negeri.

Dalam pada itu, SPR memohon kerjasama manamana waris untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur wariswaris mereka yang telah meninggal dunia kepada SPR.

Menurut kenyataan itu lagi, ia sebagai usaha untuk membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia dan wariswaris bolehlah menghantar salinan tersebut secara pos atau faks atau datang sendiri ke manamana pejabat Pilihan Raya Negeri atau ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Pemilih berdaftar juga digalakkan menyemak Daftar Pemilih Induk 2006 bagi tujuan membuat pembetulan ke atas apaapa kesilapan pendataan dari segi ejaan nama, nombor kad pengenalan, jantina, nombor rumah pemilih dan sebagainya yang dilakukan oleh SPR secara tidak disengajakan, jika ada.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan pendataan, pemilih boleh membuat pembetulan dengan menghantarkan pembetulan tersebut ke alamat emel: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it atau menulis surat atau datang sendiri ke manamana pejabat Pilihan Raya Negeri atau ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Bagi pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di pusat mengundi yang lebih dekat dengan tempat kediaman masing-masing. BERNAMA

Comments (7)Add Comment
...
written by asguard, December 28, 2007 12:05:51
For this thing that SPR does is not convincing enough, I wonder what that Sly fox be doing this time for next election which due to be held next year... Always there bound be some kind of operation cover up for BN.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
...
written by bluetorquise, December 28, 2007 12:06:13
My grandmother died in 1994...but her name was still in the voters list during the previous election...probably she is still one of the 10.8 million voters smilies/smiley.gif
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
...
written by Ara Penang, December 28, 2007 12:07:35
Assalam..May Allah blees us forever..Takbir...........
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
...
written by Sudahlah tu, December 28, 2007 13:46:32
PRU 12 akan merupakan medan yang paling tertekan serta bahangnya cukup panas untuk TRAR memastikan keputusan 2/3 untuk BN. Dalam pengalamannya selama ini, kali ini merupakan hadiah peribadinya kepada kerajaan BN atas jasa mereka memberi dia mandat sepenuhnya sehingga kini untuk berkerjasama dalam hal PRU.
Taktik-taktik terkini dalam kepastian keputusan akan mengegarkan pandangan rakyat serta dunia luar.
Yang pastinya, kemenangan 2/3 itu sudah didalam genggaman BN.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
...
written by libau, December 28, 2007 13:50:35
And will be reach 11 million before election.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
...
written by feleaz, December 28, 2007 18:38:53
To all readers of MT, get your friends / relatives who have yet to register as voters to do so. The deadline for registration is approaching (31/12/2007).
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
...
written by ahmadbadrul40, December 29, 2007 13:58:38
Out of 10.8 million voters, 6 millions are voters injected by UMNO.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Order T-Shirt Now!

SUPPORT RPK

Abolish ISA

URL Ads

World Futures  Afghanistan is where Nato and the US are killing civilians indiscriminately. Is there a need to protest against such killings? Are YOU not concerned and don't you think you might be next?

Global Media Channel  A leading alternative media channel with more alternative ways of presenting freedom of speech and real facts that the prime media won't dare publish.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Wellness Industry Is Booming!  Learn how you too can own a low capital home-based business to generate extra supplemental stream of income by using internet for these challenging economic times. You may earn RM1K up to RM10K a month working only 5-10hrs/week. Full system provided.

Home Based Business  Earn extra income $5000-$10,000 monthly, 24 hours a day. Just working part/full time from the comfort of your home. Legitimate business, have a most powerful product in the world. Register for FREE first to save your position in this powerful system.

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM