A+ | A- | Reset
Home

Air paip percuma jika keADILan menang: Khalid PDF Print E-mail
Posted by Raja Petra   
Sunday, 27 January 2008 10:24

Oleh Zulkifli Mohamed

SUNGAI PETANI: Hebat-rakyat seluruh negara akan menikmati bekalan air paip percuma jika memberi mandat keADILan memerintah negara ini.

Active Image

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung keADILan, Tan Sri Dato Khalid Ibrahim pada forum Tawaran Keadilan Untuk Rakyat, di padang awam Sungai Lallang dekat sini, kelmarin.

Kalau kita menang, setiap isi rumah kediaman akan memperolehi air paip bersih percuma. Rakyat berhak mendapat bekalan air bersih percuma,” tegasnya.

Ini menurut Khalid sebahagian daripada konsep merakyatkan ekonomi Malaysia yang akan diperkenalkan parti itu jika memerintah negara ini.

Khalid turut mengumumkan keADILan akan menurunkan harga minyak sekiranya rakyat memberi mandat Barisan Rakyat memerintah negara selepas pilihan raya umum ke-12.

Saudara Anwar akan mengumumkan RM10 bilion akan digunakan untuk menurunkan kos minyak,” ujarnya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Pada majlis yang sebelum itu hujan lebat, beliau turut menerima borang kemasukan 200 ahli baru daripada masyarakat India.

Tambah Khalid keADILan juga akan memperkenalkan sistem pendidikan percuma untuk rakyat Malaysia.

Sekolah percuma, peningkatan kemahiran percuma dan sebagainya, sebab kita perlu tingkatkan pendapatan rakyat kita supaya dia dapat bersaing,” ujarnya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (1979-1994 ), itu juga mengumumkan pihaknya sedang mengkaji dan akan melaksanakan skim bantuan kesihatan untuk semua. Skim itu bertujuan bagi membantu rakyat yang memerlukan sebarang bantuan.

Konsep ‘merakyatkan ekonomi’ Malaysia

Berhubung konsep ‘merakyatkan ekonomi’ Malaysia, menurutnya konsep tersebut menjurus kepada agihan dan perkongsian kekayaan negara secara sama rata kepada keseluruhan rakyat tanpa mengira kaum.

Ianya kata Khalid bagi menterjemahkan kekayaan negara untuk meningkatkan pendapatan rakyat keseluruhannya.

Jelasnya lagi konsep ini mampu dilaksanakan kerana hasil kekayaan negara sekarang sudah lebih daripada mencukupi bagi menampung keperluan 26 juta rakyat Malaysia.

Bahkan katanya, mengikut ukuran untuk menjadi sebuah negara maju, pendapatan per kapita rakyat mestilah berjumlah USD10 ribu atau kira-kira RM35 ribu setahun, Malaysia telahpun mencapainya.

Malaysia bukan sebuah negara miskin, sebab negara telah sampai taraf (negara maju). Kalau dikira purata, semua orang boleh mendapat pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan sebuah keluarga,” jelasnya.

Bagaimanapun menurut Khalid, oleh kerana kerajaan tidak melaksanakan dasar merakyatkan ekonomi, kek kekayaan negara hanya diagih dan berlegar di kalangan segelintir golongan tertentu menjadikan majoriti rakyat terus dibelenggu kemiskinan.

Malaysia negara kaya, ramai yang berpendapatan kecil, sedikit sahaja berpendapatan tinggi,” katanya.

Keadaan ini berlaku jelasnya kerana majoriti rakyat tidak menyedari hak mereka bahawa kekayaan negara adalah milik mereka, pemimpin negara hanyalah sebagai pengurus harta rakyat.

Rakyat perlu sedar hak ekonomi ini adalah hak rakyat, oleh sebab ekonomi hak rakyat kita mesti merakyatkan ekonomi kita,” ujarnya.

Maksud merakyatkan ekonomi

Beliau memberikan contoh, bagaimana cara pengagihan pendapatan negara berjumlah RM1 bilion berdasarkan konsep merakyatkan ekonomi negara.

Mahu beli kapal terbang untuk Abdullah Badawi ke luar negara? Mahu beli kapal selam? Mahu naikkan gaji menteri-menteri? Mahu buat hospital? Atau mahu buat sekolah untuk rakyat, mana yang saudara akan pilih?” soalnya

Jelasnya sekiranya diberi keutamaan membina hospital dan sekolah, itulah antara yang dimaksudkan dengan konsep merakyatkan ekonomi negara.

Sebaliknya, kata Khalid kerajaan pimpinan Abdullah Badawi lebih mengutamakan pembelian kapalterbang untuk Perdana Menteri dan pembelian kapal selam.

Selepas itu, apabila rakyat minta turunkan harga minyak, dia kata duit tidak cukup, negara boleh bankrap,” ujarnya.

Ini berlaku kerana pemimpin Umno-BN tidak memiliki dan menghayati pemikiran pengagihan kekayaan untuk semua, ujarnya.

Sebab itu, jelasnya setiap rakyat perlu menjadi ‘pakar ekonomi’ bagi menentukan mana pemimpin yang terbaik untuk rakyat.

Mengimbas kembali ketika menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (1979-1994 ), Khalid berkata beliau telahpun melaksanakan konsep merakyatkan ekonomi negara dengan memperkenalkan skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Syarat pelaksanaan hapus OSA

Jelas Setiausaha Agung keADILan itu lagi, bagi menjayakan konsep merakyatkan ekonomi Malaysia, maka keADILan akan menghapuskan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

OSA jelasnya akan digantikan dengan Right To Information (RTI) iaitu Hak Untuk Mendapat Maklumat, sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan India.

Jelas Khalid, OSA diperkenalkan oleh penjajah British di setiap tanah jajahan takluknya. India dan Malaysia adalah bekas tanah jajahan British.

Katanya akta itu, kini digunakan oleh kerajaan sebagai pelindung untuk menyembunyikan segala perbelanjaan dan salah urus wang rakyat.

Khalid memberitahu dengan menghapuskan OSA rakyat berpeluang mengetahui segala perjanjian dan perbelanjaan kerajaan secara telus dalam pembangunan negara.

Kita membuka peluang kepada rakyat mengetahui tentang penggunaan hasil-hasil ekonomi. Rakyat akan tahu cara-cara wang itu digunakan. Barulah kuasa di tangan rakyat,” ujarnya.

Satu gagasan

Jelas Khalid satu gagasan terdiri daripada keADILan, PAS dan DAP akan dibentuk bagi merealisasikan impian bagaimana rakyat Malaysia semua kaum akan dapat menikmati kekayaan negara ini secara adil dan saksama.

Selain beliau, turut berucap pada malam itu Bendahari keADILan William Wong, Ahli MPT Johari Abdul, Timbalan Pengarah Pilihan raya Fuziah Salleh, Ketua Operasi Din Merican.

Majlis dipengerusikan oleh Pengerusi keADILan Kedah Ir Zamri Yusof.

Comments (11)Add Comment
...
written by geddemtata, January 27, 2008 | 10:34:38
Mahu beli kapal terbang untuk Abdullah Badawi ke luar negara? Mahu beli kapal selam ?
KAPAL SELAM SECOND HAND YG DI BELI SEBELUM NI MANA...
DAH JADI BESI BURUK KOT
report abuse
vote down
vote up
Votes: +2
...
written by geddemtata, January 27, 2008 | 10:39:20
CADANGAN SAYA SEORG RAKYAT HANYA DIHADKAN MEMILIKI
DUA BUAH RUMAH SHJ MAKA HARGA HARTANAH BOLEH TURUN
DAN RAKYAT KELAS PERTENGAHAAN DAN BAWAH BOLEH MEMILIKI
RUMAH DGN LEBIH MUDAH....
report abuse
vote down
vote up
Votes: +5
...
written by ajaianne, January 27, 2008 | 13:42:45
Bersyukur dan tahniah dengan semua niat baik keADILan ini. Cuma tertanya-tanya berkenaan air bersih percuma. KeADILan perlu jelaskan.. Percuma yang macam mana? Kualiti air bagaimana? Saya fikir orang yang tidak bertanggungjawab akan melakukan pembaziran air.. Permintaan akan melebihi pengeluaran. Takut akan berlaku bencana air bersih tak cukup.. Pastikan setiap keputusan tidak memberi kesan buruk dan mudah dikawal.. Pandangan saya, memadai jika kadar bil air DITURUNKAN pada kadar yang paling minima.. Duit lebihan itu banyak perkara baik lain KeADILan perlu lakukan dan utamakan... Contoh menurunkan kadar bil ELEKTRIK dan PELBAGAI BIL LAIN lagi.. Menurunkan BERMACAM-MACAM BENTUK CUKAI.. Menurunkan KADAR TOL.. Menurunkan HARGA BARANG-BARANG KEPERLUAN.. Menurunkan HARGA MINYAK.. Ini pun dah banyak hasil kerajaan yang hilang dan kerajaan juga perlu berbelanja besar untuk meneruskan kemajuan negara serta menjaga kebajikan rakyat.

Utamakan bantuan kepada rakyat yang benar-benar terdesak sekarang ini seperti :
-KESIHATAN = Meningkatkan kualiti kerja serta peralatan canggih di hospital dan klinik Kesihatan kerajaan. Menambah doktor serta kakitangan hospital dan klinik kesihatan kerajaan. Menambah Hospital dan klinik kesihatan kerajaan yang moden di seluruh negara.. Rakyat susah dan sederhana dapat menikmati perubatan kelas pertama tanpa bayar mahal dan kesesakan pesakit..
-KESELAMATAN = Perbanyakkan CCTV, rondaan dan tanggunjawab polis, penambahbaikkan kualiti kerja polis dan menambah bilangan anggota Polis bagi menjalankan tugas lebih efisien.. Memastikan semua rakyat Malaysia boleh bergerak bebas kemana-mana pun tanpa perasaan takut lebih-lebih lagi di Taman permainan, padang dan tempat rekreasi.

Menaikkan kadar gaji penjawat awam dan swasta bagi mengelakkan mereka terdesak duit lantaran mendorong rasuah berlaku.. Yang penting pembangunan tetap diteruskan.. Taraf hidup semua rakyat malaysia perlu meningkat dan maju.. Banyak lagi masalah rakyat yang perlu diberi perhatian seperti PENDIDIKAN, Infrastruktur, Pelbagai Perkhidmatan Awam dan 1001 masalah lagi tidak sempat saya sentuh dan huraikan satu persatu.. Seronoknye kalau semuanye turun tetapi dalam masa sama pendapatan naik.. smilies/cool.gif smilies/cool.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/wink.gif smilies/smiley.gif Terima Kasih..
report abuse
vote down
vote up
Votes: +11
...
written by miwaki, January 27, 2008 | 16:16:08
Kerana salah guna duit rakyat,Malaysia menjadi sebuah negara yang miskin dan boleh di bankrupt jika harga minyak di turunkan.Pak Lah dan menterinya kurang pandai mentadbir negara,jika Malaysia ada-lah sebuah company,ia akan di lengkup sama sekali kerana semua tak qualified untuk mengurus,tak pandai mendapat customers,tak pandai menjaga cost dan tak pandai menjaga emplouees mereka.Yang mereka pandai hanya menbuat duit untul sendiri dan ahli keluarge saja.

Macam ini punya orang,kita boleh cari mereka di Jalan Sultan dan Chow Kit Road.Kenapa nak susah susah pilih calun BN dalam pilihan raya.Bangladesh dan Myanmar pun boleh jadi menteri.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
...
written by tuan tanah kedaung, January 27, 2008 | 17:49:53

Tentu Tan Sri dan ahli-ahli fikir KeADILan sudahpun memikirkan baik buruk pengumuman pemberian 'air percuma' ini sebelum menghebahkannya kepada khalayak umum. 'Percuma demi percuma' ini sangat-sangat merisaukan ahli di bawah kerana khuatir senjata ini memakan diri BA. Bukan mudah memberikan percuma segala-galanya, dan jika rakyat ditipu sekali ini oleh BA usah harap 100 tahun lagi sokongan akan dipulangkan kepada BA.

Komen 'ajaianne' di atas bagi saya bertepatan. Tidak guna air percuma jika rakyat di tepian bandar masih menggali perigi dan menadah paip buluh. MUSTAHAKNYA ialah tingkatkan infrastruktur, luaskan jangkauan perkhidmatan, 'tampal' dimana yang bocor, barulah isu percuma boleh dibangkitkan.

Negara tak akan bangkrup kalaupun semua ini diberi percuma, kita ada duit. Yang MUSTAHAKNYA rakyat perlu juga membayar sedikit harga perkhidmatan agar vandalisma, salahguna, pembaziran tidak berlaku.

Negara maju dan kaya mana sekalipun tidak memberi khidmat asas secara percuma. Sekadar pendidikan dan bantuan perubatan saya boleh percaya lagi, tapi dah masuk bab air pun percuma saya sekadar bertanya setakat mana BA sanggup memperjudikan harta negara untuk membeli undi.

TTK
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
...
written by tuan tanah kedaung, January 27, 2008 | 17:55:14
Bagi saya cukup sekadar menjanjikan kepada rakyat:-
1.Penurunan tarif air dan elektrik (kemudahan asas)
2. Penurunan kadar tol/hapuskan dimana perlu
3. Penurunan tarif talian telefon/internet rumah kediaman

-hari ini heboh kawan-kawan bertanya, "Betulke KeAdilan ni?!! Air pun dia nak kasi percuma? Apa dah gila ke? Kot ye pun nak undi sangat, janganlah sampai berjanji macam ni..."
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
...
written by hiro, January 27, 2008 | 20:44:04
There is a big difference between PKR and Semangat 46. PKR really has agressive ideas. Not sure if they can implement, but seriously, they are generating a lot of enthusiasm.

But he should be careful about coalition between PKR, DAP and PAS. Technically, DAP and PAS does not have a pack. It may be prone to BN attack, eventhough it is the long term ideal.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
...
written by zanie, January 27, 2008 | 21:00:28
Give PKR a chance. If we were to find out the truth in the promises made; give it a vote and see for yourself! and if they lie, vote them out yet again.It's that simple!
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
...
written by M0nd0man, January 28, 2008 | 16:22:44
in economic sense, free clean water will work., still you need to install filter to be sure! If your state has clean source of water from a dam, producing electricity, the water may be process at minimal cost and given to rakyat for free.

report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
...
written by Malay Ultraman, January 28, 2008 | 17:21:48
i think what he meant is that all household will get free water for certain level such as free 90 litre cubic per month, and the remainder will be paid for excessive usage.. it makes sense!!
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
...
written by Beezee_Beezee, January 29, 2008 | 06:01:55
Agree we look at the overall prospective. Can be subsidised water based on usage, sponsored pipes laying to the less fortunate family homes and the necessities...Perhaps we don't think like BN. We the BA should have different thining and we could discussed things via MT or any BLOG...and the WR/MP will brings issue for discussion in Parliment.....

Syabas Barisan Alternative.......
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

MToday Archive

Archive 2007
Archive 2008

URL Ads

World Futures  Russia stationed its soldiers in Ossetia and Abkhazia for peaceful purpose as agreed in the early 1990's. The defeat of Georgia has sent a strong message to the west: Russia is back!

Global Media Channel  A leading alternative media channel with more alternative ways of presenting freedom of speech and real facts that the prime media won't dare publish.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

BulwarkPRO Recovery Card  Recover your PC by a simple reboot. Ease your mind with BulwarkPRO protection.

Wellness Industry Is Booming!  Learn how you too can own a low capital home-based business to generate extra supplemental stream of income by using internet for these challenging economic times. You may earn RM1K up to RM10K a month working only 5-10hrs/week. Full system provided.

Home Based Business  Earn extra income $5000-$10,000 monthly, 24 hours a day. Just working part/full time from the comfort of your home. Legitimate business, have a most powerful product in the world. Register for FREE first to save your position in this powerful system.

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM